Saje mahu kongsi resepi. nnti kalau nak buat lagi boleh refer kat sini. resepi ni saya amik kat sini. sebijik2..
Okay ini resepi nya.
Bahan2
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur (dipukul dan ditapis)
2 cawan air suam
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
Cara buat
1. Masak gula hangus. letak dalam loyang untuk mengukus. ketepikan
2. panaskan pengukus
3. carik2 roti kemudia blender bersama air suam, susu, telur dan esen vanila.
4. kemudian masukkan adunan ke dalam loyang gula hangus.
5. kukus sehingga masak
6. siap dan boleh makan =)
p/s: saya punya puding ni macam tak jadi sikit. tapi okaylah kot at least dapat jugak makan. biasanya kalau tak jadi terpaksa dibuang sebab sangat teruk =P
p/s/s: resepi ni macam manis sikit, untuk yang nk kurang manis leh kurangkan sikit susu pekat kot.
No comments:
Post a Comment