Mungkin sejak kecik sehingga lah kebelakangan ini cita-cita dan impian saya adalah lebih ke arah materialistik. ye lah, saya bukan lahir dalam keluarga yang kaya raya. keluarga saya sederhana saja. dan sudah tentu saya tidak mahu lagi anak2 dan cucu2 serta keturunan saya kelak dibelenggu kesusahan seperti mana yang saya rasa.
Tetapi sejak kebelakangan ini saya banyak membaca mengenai tokoh2 dan orang2 yang berjaya. kebanyakan mereka adalah sangat low profile. ramai di kalangan mereka mempunyai hati yang luhur. mereka sangat sayangkan negara kita. mereka sangat cintakan bangsa kita dan mereka seboleh mungkin mahu menolong bangsa kita untuk berubah ke arah yang lebih baik.
banyak benda yang tidak elok dikaitkan dengan bangsa kita. bila cakap pemalas je mesti melayu. bila cakap tak kuat berusaha je mesti melayu. bila cakap kutu rayau je mesti melayu. dan mereka ini lah antara yang berdiri untuk membuatkan melayu terus naik dan dipandang dunia. kita patutnya bersyukur kerana ada melayu yang macam ni. melayu yang mahu tolong melayu. melayu yang masih meluangkan masa, tenaga dan wang ringgit mereka untuk membantu bangsa sendiri.
saya mula sedar yang wang ringgit bukanlah segalanya. kemewahan hanyalah bersifat sementara sahaja. begitu juga dengan pangkat. niat kena perbetulkan balik. kenapa kita buat ini. kenapa mahu pilih jalan hidup ini. jika niat kita adalah baik. insyaAllah Allah akan permudahkan jalan kita.
yer. kebanyakkan orang2 yang berjaya adalah mereka yang mempunyai hati yang baik. saya juga mahu jadi salah seorang dari mereka. semoga dipermudahkan oleh Allah. InsyaAllah.
p/s: kalau nak baca bibliografi syed mokhtar al-bukhary boleh klik sini. atau google saja namanya.
sekian =)
No comments:
Post a Comment