Tuesday, March 26, 2013

Sambungan....dhiya amani

Baiklah. memandangkan entri semalam tak membantu. sebenarnya nak kejar tarikh tu that's why lah letak je gambar banyak2...

Sempena 2 tahun, da baaaaaaaaaaaanyak sangat benda yang dhiya amani pandai buat. sangat berbeza dah dengan masa kecik dolu2...

antaranya:

cakap banyak

cakap baaaaaaanyak sangat. kalau naik kete boleh kata start naik je potpet2 sampai la sampai tempat yang nak g atau tidur kepenatan. faham tak apa dia cakap? sikit2 paham banyak yang tak paham....

tapi banyak juga words yang dia belajar. 

macam kalau orang bagi benda cakap terima kasih. 

kalau jumpa pintu ketuk dan bagi salam. walaupun pintu tandas. oke masih boleh dimaafkan, sebab konsep dia pintu bukan tempat apa disebalik pintu tu. 

keramahan yang ketara

dari cakap banyak jadilah seorang yang peramah. terutama dalam lift. jumpa baby dalam lift duk baby2 sampai sudah. jumpa toddler dalam lift, duk kakak2 sampai sudah. bila dah sampai babai2 pula. kadang risau takut kena kepit ngan lift. 

kat rumah pula memerlukan pendengar setia untuk dengar dia membebel. kalau tak dengar siap. huhuhu! untuk kurangkan bercakap kena bagi mainan. 

dulu ngan sepupu tak boleh geng, sekarang dah boleh naik buaian sama2..

makan baaaaaaanyak

bila lapar dah pandai mintak nasik. sayuran hijau adalah kegemaran. lauk berkuah macam sup dan kuah kari @ lemak (berasaskan santan) memang bertambah2.. 

biskut, roti atau keropok kena sentiasa ada sebab tengok dia makan macam tak mo berhenti. tadi makan keropok lekor sampai abes beberapa puntung. huhuhu! sudah besar anak mama ini. 

badan tetap maintain

walaupun makan banyak badan tetap mantain. bagi mama sikit metabolisma tu boleh? hehe... risau jugak tengok anak kurus. kesian. tp nak buat cam mana dah tak naik badannya. 

suka main puzzle

boleh berlama2 main puzzle tanpa boring. kalau takde depan mata mesti cari. jadi rumah adalah bersepah dengan puzzle dia.


yang ni dah pass. ingt nak beli yang a b c pula tapi belum beli lagi
p/s menggigit puzzle adalah biasa


yang ni pun dah abes satu buku dah. 
tahu susun je, sebut kasut je pandai. yang lain belum.












1 comment:

Kayu Manis said...

pandainya dia..ingat masa anak sulung teruja nak beli set2 pembelajaran ni..

mmg bagus sebenarnya.bg diorg teroka mcm2..budak2 ni mudah memahami.cpt masuk aje..dlm kepala.