Kalau tanya apa yang saya akan sumbangkan ke sekolah sekiranya ada program back to school. ini yang pertama sekali mahu saya buat.
saya tak nak bagi duit sebab duit akan abes.
saya tak nak bagi buku sebab buku murid @ pelajar @ student boleh beli sendiri
jadi apa kita nak bagi.
kita bagi ilmu
In Sha Allah ilmu boleh buatkan masa depan berubah
bila ada ilmu In Sha Allah dia bukan sahaja dapat merubah masa depannya bahkan kehidupan keluarganya serta kehidupan orang kampung dan masyarakat setempat seterusnya besar2 lah. dengan secara tak langsung akan dapat benefitnya.
jadi apa yang saya mahu share.
oke, minda masyarakat kita sebenarnya adalah terdedah kepada skop yang kecik.
kalau tanya murid2 darjah satu nak jadi apa bila besar nanti?
jawapan kebanyakkannya
bomba
polis
askar
doktor
cikgu
jawapan2 ini pasti ada. kalau darjah satu masih boleh di maafkan lagi sebab diorang masih baru,. dan badan2 beruniform ni yang diorang kerap jumpa dan lain dari yang lain so diorang akan recognize dan mula menunjukkan minat untuk menjadi seperti apa yang mereka lihat.
tapi bila mereka sudah di tingkatan 4 @ tingkatan 5 sudah tentu cita2 itu sudah tidak valid lagi dan di sini lah kita mesti berdiri di dunia yang nyata. tidak boleh lagi berimpian macam dulu2 atau pun main tangkap muat saja.
sebenarnya kita di peringkat awal iaitu di akhir zaman persekolah kita tidak didedahkan kepada dunia kerjaya. dan betapa banyaknya kos2 di universiti. masa abes form 5 lah sebenarnya kita mesti memilih untuk masa depan kita. saya rasa kita sebenarnya masa ditingkatan 5 atau pun ketika di matrikulasi sudah cukup dewasa untuk memilih apa yang kita minat.
percayalah kerjaya yang berkaitan dengan minat adalah kerjaya yang paling kita rasa tak penat nak lakukan sebab kita ikhlas dan seronok. banding ngan kerjaya yang kita terpaksa buat dan akhirnya kita dapat dua penat. penat kerja dan penat merungut.
sebagai contoh jika kita minat memasak, kita boleh pilih kos kulinari masa kat uni.
kalau kita suka fesyen. amik kos yang berkaitan ngan fesyen. In Sha Allah dengan kesungguhan dan minat serta ketekunan anda boleh berjaya. lagipun banyak peluang untuk berniaga online sekarang.
ada lagi. kalau anda minat gler nak jadi doktor. tapi universiti di Malaysia tak terima anda dan bagi kos2 yang tak berkaitan yang anda tak minat. yang anda tak suka nak belajar dan tak suka nak kerja dalam bidang tu. anda masih ada peluang untuk apply universiti oversea. sebab kenapa anda tak dapat tempat di Malaysia sebab di Malaysia ni tempatnya terhad bukannya sebab anda tak cerdik. tak pintar. disebabkan tempat terhad makanya peluang di berikan kepada yang lagi tinggi resultnya. itu saja. percayalah jika anda balik dari luar negara anda juga akan menjadi doktor sama juga seperti kawan2 yang belajar di Malaysia. yang penting minat. jangan sebab orang lain minat anda turutkan saja.
ramai juga graduan malaysia yang suka bidang pertanian. so, anda boleh apply kos pertanian. percayalah bidang pertanian sangat luas. sekecil2 bela itik kepada buka ladang berhektar2.. selain menambahkan sumber pendapatan negara anda juga mungkin boleh cipta teknologi pertanian yang canggih sebab anda bukan tipikal petani. tetapi anda petani moden yang bijak. so, sapa kata anda tak boleh. tepuk dada tanya selera.
pendek kata. itu lah serba sedikit yang saya mahu bagitau di sini. percayalah. sangat banyak kos2 di universiti yang anda boleh pilih dan terokai.
No comments:
Post a Comment