Pagi tadi ajak papa dhiya g genting.....daaaaaaaaaan dia setuju. maka ke genting lah we all =)
Last time saya ke genting adalah masa akhir tahun darjah 5. da laaaaaama sangat. da ingat2 lupa suasana kat sana.
yang paling ingat masa naik cable car then sampai2 sana we all je yang pakai baju sejuk tebal2...haha! tapi since dengan rombongan sekolah kan. oke je lah sebab semua pun pakai. pastu main satu mainan je. naik monorail. dulu tu tak tahu permainan tu monorail. sebab badannya macam semut jadi panggil semut je.
Kami pilih naik atas sana naik cable car. sebab masa g dulu naik cable car. tak tahu condition jalan ke atas sana macam mana. Ini dhiya amani masa kat genting sky way. Abes sume benda dia nak bawak. Last2 bagi mama & papa juga sebab berat.
Oh ya hari tu saya pernah buat survey2 pasal genting kat sini.
Dan setelah pergi sendiri barulah tahu harga tiket dengan betul.
Untuk dewasa
indoor only rm34 per person
indoor & outdoor (all park) rm70 per person
outdoor je tak ingat pula nak tengok. jadi tahu lah kan we all hanya masuk indoor saja =P oke lah kot sebab ada budak kecik takleh main yang lasak2 sangat. indoor tu pun ada 2 3 game yang tak main.
oh untuk budak ada ukuran dia. below berapa ntah tak payah bayar. then untuk certain ride ada juga yang kena bayar kalau nk naik. maksudnya pay per ride. jadi dhiya tak payah bayar. dan certain ride yang dia kena bayar kalau nak naik tu pun dia tak naik. jadi tak bayar pape lah untuk dia.
dan yang lagi best we all dapat diskaun:
untuk dapat diskaun ada banyak cara. ni antara yang kami tahu
kad diskaun 1 malaysia, less 10%
kad kuasa polis atau IC tentera less 30%
return ticket rm12 untuk dewasa
untuk indoor boleh main sume ni
CHILDREN RIDES
Carousel
Ride De Paris - tak naik
Junior Bumper Car - tak naik
FAMILY RIDE
Reindeer Cruiser
Monorail
Venice Gondola - under maintanence
Rio Float
Mini Train - tak naik
THRILL RIDES
Euro Express - yang ni laju yg amat tk seswai
Adult Bumper Car - papa naik sorang2
4D Motion Master - tak naik
Flying Dragon - ni pun tak naik
jadi berapa je yang naik. huhuhu nasib baik amik yang indoor je.
Gambar bawah ini dhiya naik Carousel. Tapiiiiiii yang sebenarnya dia takut. kejap je ni naik pastu sebok nak turun. Nampak tak muka terpaksa tu.
ini pula naik monorail. monorail ni okelah sebab dia bawak pusing satu theme park tu. monorail ni lah yang saya panggil semut dulu. semua2 gambar yang dari kejauhan tu di ambil dari monorail ni lah. bila tengok game outdoor dia banyak kot yang menakutkan. huhu! tak tahu la ada kekuatan ke tak naik main.
dhiya kemain gembira lain naik monorail ni. takmo duduk & siap lambai2 lagi orang kat bawah.
bawah ni pula gambar masa dah nak balik. yang lain2 malas pula mahu masukkan. huhu! basically kebanyakkan ride adalah macam ketapi dan slow2. kalau amik gambar dari dalam nampak macam sume sama je. kalau amik dari luar barulah nampak rupa bentuk ride tu macam mana. tapi malas pula mahu amik gambar bila orang lain naik =)
dhiya amani excited tengok bagunan warna warni.
susah betul mahu ajak bergambar.
gambar ni pun amik masa atas monorail. seriauuu tengok. huhuhu. tapi ni tak gerak lagi.
tengok masih pandang sana lagi. kagum kot ngan bagunan warna warni itu.
hah! baru leh tangkap gambar dia.
ini masa dah nak balik. masa naik ke genting tak amik sebab mama takut yang amat. nak pegang phone pun menggigil. bila turun rasa okay sikit walaupun takut juga. macam tergantung je. cerun pula kat bawah. tinggi memang tinggi. huhuhu!. .sapa la cipta cable car ni. rasanya setiap 6hb cable car ni tak beroperasi. under maintenance.
the only gambar kami bertiga. yang lain tak amik gambar bertiga sebab malas nak suh orang tolong amikkan.
sejurus selepas amik gmbar bertiga terus dhiya amani tidur. bangun2 kat umah dah. penat betul dia.
jalan cerita akan diupdate kemudian =) hehe!! (sudah update)
insyaAllah nanti jalan2 tempat lain pula ...
2 comments:
ooo pg genting..seronok si comel tu jln2 ye..
dia seronok kejap je kak. pastu penat tido tk hengat
Post a Comment