Friday, September 5, 2014

Musim Frozen

Saya bukanlah tahu sangat pasal kartun ni. Tak pernah pun tengok citer ni kat umah. Alih-alih masa nak beli beg raya untuk dhiya hari tu kat kedai tu ada dua pilihan. Satu gambar kartun muslimah pakai tudung dan satu lagi gambar Frozen. 

Mama: Dhiya amik yang ni k (sambil tunjuk gambar kartun muslimah tu)
Dhiya: Dhiya nak arigo mama.
Mama: Arigo?
Dhiya: Yang ni... (sambil tunjuk beg gambar frozen tu)

Masa tu saya langsung tak tahu apa arigo tu. Balik rumah lepas 2 3 hari. Tetiba masa buka laptop terkeluar pula gambar kartun tu. 

Dhiya: Mama, ni la arigo..
Mama: Ooooo..let it go ke? Hahaha baru tahu

Alkisahnya, bila tanya babysitter dia. Kat sana memang tiap-tiap hari layan frozen. Siap ada CD lagi. Patutlah. 

Ni gambar dhiya before raya hari tu. Tak sabar nak raya. Dalam rumah pun pakai beg ngan kasut. 


Akhirnya beli juga baju frozen lepas sekian lama dia mintak. Sebabnya rumah babysitter dia semua orang dah beli baju frozen ni. Dia je takde. Last two weeks kami jalan-jalan g JJ Balakong. Terlalu pula kedai kat tengah-tengah tu yang jual baju frozen ni. Dhiya langsung tak nak bergerak. Nak juga baju tu. Mula-mula suruh try je. Alih-alih taknak bukak. Nak terus pakai. Bertuah punya anak. Terbang lah rm45. Eh! mahal ke tak ek? Sebab tak tahu market price dia berapa. Dah anak beria nak. Kena beli juga. Gambar atas tu masa on da way balik dari JJ. Kemain gembira. Dengan baju tak basuhnya. 

4 comments:

Rai Ourkizuna said...

memang fenomena sungguh frozen ni.. anak dara saya pun ada mintak.. tapi kami tak belikan lagi..hehehe

nohas said...

kuat jg pengaruh cerita Frozen ni..akak layan jg, adalah nonton a few times sama anak saudara..hihi..suka Olaf, sangat cute..

Knor said...

Imann mmd pun layan frozen..

anak2kn..comel dyia

nurbijen said...

comel jer beg frozen Dhiya..
Anak punya pasal, pejam mata je lah beli baju mahal sikit...
Anak saya dah reda skit demam ni... kalau dulu hari2 duk tgk filem frozen...