Tuesday, September 30, 2014

Vantage: Memasak bersama Chef Ismail

Sabtu hari tu 27.09.2014 dapat jemputan dari vantage untuk join aktiviti memasak ni. Sebenarnya saya ni ahli vantage sebab tu lah dia jemput. Nak jadi ahli kena daftar rm15 untuk setahun. Setiap tahun kena renew.

Bila jadi ahli banyak kelebihan dia. 

- Antaranya dapat less 20% untuk semua barang vantage. 
- Katalog terbaru akan dihantar terus ke rumah. 
- Berpeluang menghadiri majlis yang dianjurkan oleh vantage. 2 tahun lepas kami ke jamuan hari raya vantage. 

Kira berbaloi jugak la bayar rm15 untuk setahun tu kan. Kalau nak jadi ahli boleh lah ke HQ vantage di PJ. 

Berbalik kepada aktiviti memasak. Sebenarnya saya terlupa tarikh. Last minit dapat call. Terus pergi walaupun sebenarnya dah lambat. Husband pula keje. Terpaksa bawa dhiya amani. Kalau bawa budak ni kesabaran diuji sikit sebab cakap banyak dan tak duk diam. 

Chef masak 2 jenis masakan. Satu kuih cara berlauk dan gulai lemak cili api kot. Hahah tak fokus sebab asyik fokus kat dhiya je. Makanan pun tak sempat nak rasa sebab susah nak kedepan. Kami sampai lambat dapat tempat duduk ujung. Ramai cakap kuih cara tu sedap. Dhiya amani nak nak. Nak buat cam mana bukan rezeki kita nak merasa kuih tu anok oi. Nanti lenkali mama buat bila mama rajin. Wink. Wink. 

Layan gambar k. 


Banyak tips yang chef bagi hari tu.



Sesiapa pun boleh order pinggan vantage bertandatangan sendiri. Dengan syarat min order 100 pieces. Ni contoh pinggan chef ismail punya yang dia guna kat restorennya restoren rebung. 



Nampak sedapkan kuih ni? Tu yang dhiya amani beria nak.





3 comments:

LYAfrina said...

Menariknya.. bkn sng nk join kls masakan bersama shef otai ni. Leg dpt byk ilmu

nohas said...

memang nampak sedap kuih cara berlauk tu...

100 pieces..huhu..byk tu..

lia said...

wahhh best nyer chef ajar masak...