Friday, September 12, 2014

Terima kasih Syuk!..

Ini perihal belajar saya. 

Sekarang saya dah sampai stage yang 

Wajib publish paper.
Wajib hantar thesis. 

Kalau nak grad. 

Dan ini lah sebenarnya two major parts yang saya sangat lah terasa susah nak achieve. Macam beban yang sangat besar. Dalam saya terkapai-kapai alhamdulillah sebab saya ada sorang kawan yang masih concern and care pasal study-study ni. Tq syuk. Syukriah Asriyah. 

Kawan yang saya kenal masa kat UTP. Kemudian sambung plak master sama-sama kat UM. Tadi dapat khabar gembira yang paper syuk dah publish dan dia dah submit thesis dia semalam. Betapa bahagianya kan bila dua benda ni berjaya dilaksanakan. Saya tahu syuk pembaca setia blog ni. Hai syuk. Sambil lambai-lambai tangan. Haha!

Dan saya tak pernah sekali pun menyesal sambung master dalam bahagian research. Sebab nanti kalau nak sambung lagi saya dah prepare physically and mentally apa itu research yang sebenar. Kiranya buat master ni macam foundation atau matrik lah untuk peringkat seterusnya. Kalau saya amik by coursework mungkin saya tak expose sangat dengan benda-benda yang macam ni. 

Terus terang master ni dah tukar banyak benda dalam hidup saya. Bukan saja dari segi belajar. Tapi dari segi pemikiran dan pandangan tentang kehidupan. Kalau saya ni pandai menulis mungkin pengalaman ni sudah boleh dibukukan. Tapi apakan daya saya hanyalah seorang penulis blog yang kerdil sahaja =) 

Mungkin juga cara saya decide untuk buat master ni dek kerana tekanan kerja yang saya rasa sebelum ni. Dan saya sebenarnya kurang bersedia awal-awal dulu. Benda-benda kalau kita nak buat yang datang dengan persediaan InsyaAllah akan smooth sikitkan. Tapi tulah ini sume adalah satu pembelajaran yang sangat bermakna.  Atau mungkin juga sebab culture shock. Ye lah keje 8 to 5 setiap hari. Kul 6 dah kena keluar rumah. Sampai rumah dah magrib. Tetiba sekarang SV sangat flexible. Nak datang kul bape, tak nak datang pun takpe =P

And oh yes! saya dah addicted dengan Blog Dr. OT ni. Terima kasih Dr. kerana sangat suka berkongsi benda-benda penting yang selalu di anggap remeh oleh kebanyakkan orang. I am one of your fan now =) 

Dan Dr. OT juga ada berkongsi artikel yang sangat menarik di sini: 


No comments: