Sunday, May 9, 2010

Takaful ikhlas VS Prudential

Yang mana lagi Okay?

65 comments:

n.h.m.s said...

of course i will choose takaful ikhlas!

sueey said...

prefer takaful kot..more islamic...x yah byk pk psl halam haram sgt..:p

eira eixora said...

tular. tapi org tu promote2 saya pun masuk jugak prudential. Padahalnya saya da ade takaful ikhlas.

yang saya nampak advantage kat prudential sebab dia ade medical card. Kalau takaful ikhlas kena bayar lain untuk medical card.

Sekarang ni saya masih stick ngan dua2 ni. tapi kalau boleh nak pilih satu je =(

WaDieQ said...

aku guna prudential takaful.. pun halal jugak sebab prudential pun ada takaful.. lagi wider dia punya coverage and prudential no 1 di malaysia..

eira eixora said...

tular, nampak macam purdential lagi banyak benefit. tapi da 3 tahun lebih dengan takaful ikhlas. Mungkin tunggu 5 tahun sebelum terminate. Sebab after 5 years leh dapat balik 30% from saving kita.

Anonymous said...

amik mane2 pon okay asalkan takaful.
Cume skarang ni kite tgk sumer konvensional insurance dah mula apply takaful scheme ngan bank negara. Dgn hanya ada panel syariah didaftarkan bley la lepas dapat buat takaful.

Cume pada pandangan pemikiran saya secara meluas, kalo takaful ikhlas ni mmg tak pernah jual insurans yg konvensional manakali yg lain tu mmg terbukti ade jugak yg konvensional.

So beza dia ibarat:
IKHLAS = hidangan semeja dgn sume makanan halal.
OTHERS = hidangan semeja dgn makanan halal dan juga tak halal

Pilihan ditangan anda.

Anonymous said...

pilih saja takaful prudential..produk setanding konvensional..tidak ada isu halal haram..since ade lesen takaful dari bnm..kalau ade syarikat lain yg mengaku dia lebih halal dari prudential takaful..silalah tanya siapa yg memantau dan memberi lesen takaful utk syarikat dia juga..of course bnm..same source..so sendiri mau ingat :) interested to know more bout takaful pru? mail me at jax7771@yahoo.co.uk :)

Anonymous said...

ada beberapa ciri-ciri takaful yang bagus yg perlu diambilkira oleh muslimin dan muslimat skrg ni....

Ciri-ciri takaful yang bagus adalah:
1. Islamik (sb kita org Islam)
2. Berjenama (unggul)
3. Komprehensif (lengkap)
4. Fleksible (klau mampu nti, bleh upgrade, klu x mampu, bleh rendahkan bulanan)
5. Masih melindungi pemegang polisi sehingga berumur 80 tahun.

So, jgn tgk ciri-ciri yang no 1 tu shj.. ada byk lagi faktor yg anda perlu ambil tahu sbelum memilih sesebuah syarikat pengendali takaful.

Salah satu drpd cara untuk anda mengetahui sejauhmana bagusnya takaful anda ialah dgn pergi bertanya ke hospital pakar (bahagian claim bil hospital). sdh pasti anda akn mendapat beberapa jawapan yg memuaskan hati anda sendiri.

Mengikut perumpamaan yg dibuat oleh Anonymous (September 25, 2010 6:43 AM ) tu amatlah tidak tepat sama sekali. Menunjukkan anda seorang penasihat yg tidak membuat homework dgn mendalam dan mengkaji Prudential BSN Takaful dgn baik. Ingat, tugas anda adalah menasihat rakyat malaysia agr memilih takaful yg bagus spt ciri2 yg saya nyatakan diats. dedahkan identiti anda jika anda yakin dgn nasihat yang anda berikan..

Anonymous said...

takaful ikhlas anak syarikat MNRB. malaysian national re insuran berhad.
apa itu tugas mnrb
1. semua insuran kafir dlm malaysia, perlu membeli insuran dgn MNRB terlebih dahulu sebelum menjual produk mereka.
hasil dari keuntungan itulah keluar anak haram dari MNRB iaitu takaful iklas> jadi adakah takaful iklas halal.

Cikgu Rosli said...

Berunding cari 'pasangan' baharu

Oleh NORLAILI ABD. RAHMAN
bisnes@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 5 Nov. - Ibarat sebuah episod cinta yang tidak menjadi, begitulah cadangan pengambilan alih Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) apabila dikatakan tidak restu oleh Permodalan Nasional Berhad. (PNB)

PNB merupakan syarikat induk Takaful Ikhlas melalui MNRB Holdings Bhd. (MNRB).

Setelah kecewa tiada reaksi seterusnya ditunjukkan oleh Bank Rakyat, Takaful Ikhlas mula berubah hati dan kini beralih untuk menjalinkan ikatan usahasama dengan entiti-entiti asing.

Bank Rakyat gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan.

Menurut sumber yang mengetahui tentang urus niaga itu, PNB dikatakan menetapkan 'harga' terlalu tinggi sehingga menyebabkan hasrat Bank Rakyat untuk mengambilalih Takaful Ikhlas menjadi terbantut meskipun setelah sekian lama berhubungan.

Sumber itu menambah, PNB, firma pelaburan terbesar di negara ini, juga lebih berminat untuk meletakkan Takaful Ikhlas di bawah Kumpulan Etiqa berbanding menjualnya. MNRB pula dikatakan suka bergerak sendirian.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman percaya, impian yang berbeza antara kedua-dua pihak menyebabkan cadangan pengambilan alih itu tidak kesampaian.

''Takaful Ikhlas seperti gadis sunti, apabila ada pihak yang menunjukkan minat dan datang merisik, kami terima dengan hati yang terbuka.

''Bagaimanapun, jika selepas berbulan-bulan upacara merisik dilangsungkan, tetapi 'orang di sana' diam membisu, tidak salah rasanya jika kami membuka peluang kepada orang lain pula,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Syed Moheeb mengakui Takaful Ikhlas sedang mengadakan perbincangan dengan pihak lain namun enggan mendedahkan lanjut identiti pihak terbabit.

"Kami beri tempoh sehingga tiga bulan lagi untuk melihat perkembangan proses ini sama ada akan memasuki fasa seterusnya ataupun tidak.

"Buat masa ini, ia masih terlalu awal, jika berjalan lancar kami akan menemui Bank Negara untuk memohon kebenaran memulakan rundingan, tambah beliau.

Mengulas lanjut, Syed Moheeb berkata, syarikat tersebut sentiasa memberi peluang untuk menerima sesiapa yang berminat untuk memiliki kepentingannya, asalkan ia mampu melonjakkan perniagaan Takaful Ikhlas.

Katanya, Takaful Ikhlas tidak mampu berkembang pesat jika hanya bersandar kepada pertumbuhan organik semata-mata.

Justeru rakan kongsi baru itu nanti patut menjadi platform kepada syarikat tersebut untuk melebarkan sayap termasuklah ke luar negara.

"Takaful Ikhlas ini masih 'muda', jadi tidak salah kami mengambil masa sedikit untuk memilih 'pasangan terbaik', tidak perlu tergesa-gesa kerana apa yang penting adalah kejayaan syarikat pada masa hadapan, " ujarnya lagi.

Ketika ditanya mengenai peratusan ekuiti yang mungkin dijual kepada pihak berminat, Syed Moheeb berkata, itu terserah kepada persetujuan kedua-dua belah pihak.

Menurut beliau, MNRB yang memiliki 100 peratus ekuiti di dalam Takaful Ikhlas merancang untuk mengurangkan pegangannya, bagaimanapun beliau tetap mahu memastikan ia masih mempunyai kawalan terhadap syarikat takaful itu.

Takaful Ikhlas merekod perolehan RM615 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010 berbanding RM581 juta untuk tempoh yang sama tahun lalu.

Redho Said said...

Takaful Ikhlas terlalu banyak songeh sangat susah utk claim...xda guna kalau dikatakan islamik kalau dah banyak makan duit org2 yg membeli pilisi takaful ikhlas

Rizal Abdullah said...

Takaful Ikhlas xbanyak songeh, yg teruk tu ejen yg wat lambat claim.. apa2 pun semoga muamalat islam sentiasa di hati kita setiap org muslim.. :)

Anonymous said...

kepada encik redho said, mcm mn g anda katakan byk songeh utk claim di tkfl ikhlas?jgn krn silap sendiri yg kadang kala x memahami polisi yg diambil, syrkt tkfl yg nk disalahkn. mmg kami di takaful ikhlas x menyatukan medical card + saving pd 1 byrn, tp cuba tny prudential.klu kita byr rm100/month, berapa nisbah medical card n saving?menurut pengalamn, medical card:saving = 70:30. byrn medical card akan burn klu tidak diclaim. dlm tkfl ikhlas, klu anda membayar rm100, rm 70 adlh saving dan rm30 adlh mdcl card. mn lbh bgs? klu stkt nk pergi tny hospital pakar yg mn lbh baik utk claim xde maknenye. jom kita check yg mana 1 lbh baik in terms of cover kematian DAN SAVING TERTINGGI selepas mencarum cthnya pada 30thn klu hyR mbayar rm100/bulan. selidik dulu produk tkfl ikhlas kerana kami adalah THE BEST PROVIDER TAKAFUL IN MALAYSIA IN 2010. prudential hny gah pd nama n medical card tp sbnrnye xde pape yg hebat. tq

Anonymous said...

banyak yg saya dengar yg takaful ikhlas susah nak buat claim, betul ke? ada sesiapa ada pengalaman bole dikongsi

Farid Siraj said...

apa kata MAA

Adam said...

Kepada Anonymous yg mngatakan prudential hny gah pd nama & medical card tu, tak usahlah anda masuk bakul dan mngangkat sndiri.

Untuk pengetahuan semua, insurance ni adalah produk homogeneous di bawah, penguatkuasaan bank negara. yang mana lg bagus, adalah add-on service agent tu sndiri. Mungkin ada sesetengah pakej yg boleh dikategorikan unik.

jika sy berjumpa ngan encik/cik anonymous, kompem sy xambik insurance ngan awk, sbb awk ni prejudis ngan produk lain. dlm byk2 agent yg saya jumpe, xpernah ade agent yg terlalu taksub mcm encik/cik menerangkan takaful ikhlas adalah terbaik drp produk...

untuk mengatahui apakah award yg telah prudential rangkul, anda boley serach shj di lawan google :)

Cheers,
Adam
Prudential BSN Takaful

eira eixora said...

oh, so sorry saya tak alert rupanya. banyak org komen topic ni.

matlamat kewangan said...

Takaful Ikhlas nombor Satu....pilihlah insuran/takaful yg tidak bersekongkong dgn insuran konvensional..insuran Islam..saling menjamin kesejahteraan..

Anonymous said...

saya ada pengalaman dgn takaful ikhlas. mmg sgt lambat bile nk buat clain insuranse. sy eksiden, every month follow up kate 'in progress, kami akan cube bla bla bla' tp until almost 5 months, x setel2 lagi sampai bank telipon nk suh bayar. jike tya kan pada hal ehwal pelanggan, buat ape customer bayar kete kalu kes da total lost kan? ni semua pasal takaful ikhls sengaje lambat2 proses kos takut nk bayar claim. bile kol HQ kat kl, janji je banyak tp x jugak setel2. memalukan sungguh! macam ni ke takaful ikhlas? ni bukan sistem islam yg sepatutnya. baik tak yah pujuk customer dgn janji manis then bile da dpt customer, lepas tgn je.

sy juga x teragak2 akan buat komplen di HOTLINK biar semua tau n fikir sendiri. for sure, i'm not gonna advice anyone to take takaful ikhlas n for sure, i'm not respect this company. TQ

Anonymous said...

sy rasa produk sama bgus..apa yg penting adalah agen!!...agen akan dpt keuntungan kita selama 5 tahun kan...slps 5 thn nanti dah mula lepas tgn..so,kena cari agen yg bagus...u yg susah

Unknown said...

Dulu saya pun pemegang kad medik takaful ikhlas. Tp dah nak stop sbb claim yg dibuat dr bln january sampai skrg xdapat lagi. Selalu terbaca yg produk t.ikhlas mmg bagus tp takaful ni ada masalah dgn sikap segelintir ejen2nya yg sambil lewa masa buat kerja. Inilah yg perlu diperbaiki sekiranya t.ikhlas nak mengekalkan pelanggannya buat masa yg lama.

hidayat said...

Setakat pandangan peribadi...

Setahu saya,semua skim perlindungan yg mggunakan nama 'takaful' perlu memenuhi syarat tertentu yg dipantau oleh bank negara..dipantau oleh panel syariah hy salah satu syarat dimana byk lg syarat2 lain yg begitu ketat perlu dipatuhi spy dorg boleh pakai nama 'takaful' atau lebih tepat lg, skim perlindungan insurans secara islam..jd tidak timbul syarikut itu dr luar atau local, once dia pki nama takaful maka ia dh penuhi standard yg ditetapkn olh bnm.
Pendapat ke 2, klu nk cari insurans atau takaful yg sesuai, jgn ty pendapat agen sbb sumer agen akn kata produk mereka yg terbaik...ty la kawan2 yg pernah mggunakan produk tersebut..tugas agen adalah utk menerangkan tentang produk mereka,bukan produk org lain...
Pendapat yg ke3, selain study tentang produk itu sendiri, kena nilai agen nya juga...klu agen tu nmpk cam ting tong je, baek cr agen lain wlpn produk yg dia jual bagus....

Sebarang pandangan atau perbincangan, ce try email kn pd sy spy kita leh share sesama...
hidayatprudential@gmail.com

Pakar Takaful said...

salam all, pertama sekali...rancak jugak perbincangan di sini, tapi apa yang saya cuba nak highlight adalah
1) pilih yang ada medical card sebab medical card adalah manfaat yang kita nak gunakan untuk buat treatment sebelum sakit makin parah, critical illness dibayar bila kita dah sakit teruk.
2) pilih company yang strong dari segi financial. kalau tak strong macamana nak bayar claim yang di buat.
3) pilih tempoh perlindungan yang lebih panjang dan kalau boleh maksimum, contoh kalau perlindungan sampai umur 55 tahun sahaja, maka selepas itu bagaimana? sedangkan umur kita makin tua macam2 penyakit ada, kalau polisi dah matang? next? ambik polisi baru kena admin charge lagi sekali. kalau dah sakit mmg tak bleh ambik. tgk sakit aper tu....
4) pilih company yang provide medical card guarantee renewal, bukan appoint 3rd party.
5) medical standalone...mphhh...tak boleh attach contributor rider...maksudnya polisi disambung bayar oleh takaful operator kalau pembayar kena sakit kritikal,dan untuk polisi anak pembayar kena sakit kritikal atau kematian bayaran bulanan akan disambung untuk menjamin pelajaran anak di masa hadapan. untuk more info boleh lawat www.duniatakaful.com. banyak lagi input yang saya boleh beri...insyallah untuk dikongsi bersama.

Pakar Takaful said...

Maklumat yang perlu anda AMBIL TAHU SECARA SERIUS sebelum mengambil plan kad perubatan.

1) Adakah kad perubatan tersebut GUARANTEE RENEWAL atau YEARLY RENEWAL BASIS? Apakah kesannya jika menggunakan kad perubatan biasa-biasa?

2) Apakah perbezaan antara kad perubatan STANDALONE dan kad perubatan sebagai rider di dalam INVESTMENT LINK PLAN? Planning jangka panjang? kad perubatan mana lebih bagus?

3) Apakah perbezaan KO-TAKAFUL @ KO-INSURANS dengan PENALTI kalau Ugrade Bilik? Kad perubatan yang mengenakan penalti dan kad perubatan yang tidak mengenakan penalti. Bagaimana?

4) Adakah terdapat MANFAAT PAYOR/CONTRIBUTOR di dalam plan anda yang akan membantu membayar caruman sekiranya anda di diagnos penyakit kritikal? kad perubatan anda masih boleh digunakan?

5) LIMITATION berkaitan lawatan pakar ketika menerima rawatan dihospital dengan kad perubatan biasa?

6) LIMITATION untuk rawatan pesakit luar berkaitan buah pinggang dan kanser jika menggunakkan kad perubatan biasa?

7) TEMPOH PLAN BERKUATKUASA. Sehingga bilakah anda dilindungi? Short term or long term? pilih tempoh kad perubatan yang melindungi anda lebih lama? Kenapa?

8) Perbezaan kad perubatan 1st PARTY dan 3rd PARTY?

9) Apakah plan anda plan 3 dalam 1, PERBEZAAN antara 3 dalam 1 atau sekadar plan kad perubatan 2+1? Mana satu pilihan anda. Fikir-fikirkan……

10) Kad perubatan MAHAL? kad perubatan MURAH tentu ada sebab? Adakah berbaloi dengan INVESTMENT yang anda buat?

Ramai yang tak tahu, bila dah terkena baru tahu, tetapi semuanya sudah terlambat pada waktu itu. Kami ada jawapan untuk pilihan kad perubatan terbaik anda

Anonymous said...


jangan pasal lambat dapat claim, lambat itu ini, anda nk tuduh company takaful yang bermasalah! check balik! kadangkala.. agent yang bermasalah (hal ini tak dinafikan, kebanyakan agent hanya mahukan komisyen dan kebanyakan juga dari mereka pujuk anda untuk mencarum lebih tinggi, walaupun sebenarnya anda tidak mampu)
pilih agent yang amanah, bukan hanya manis mulut menjual produk..
satu lagi, mungkin dokumen anda tidak lengkap.. hasil dari kecuaian pihak anda atau pihak agent.. ATAU.. jika anda laps buat pembayaran.. ia juga seringkali menimbulkan masalah..!

nasihat saya, pilih produk yang yang sesuai dengan anda, fikirkan kemampuan anda untuk mencarum setiap bulan.. (jika RM160 atau RM200 sebulan.. mampukah anda meneruskan pembayaran untuk tempoh 5 tahun lagi? 10 tahun lagi? 30 tahun lagi? dengan kos sara hidup yang makin tinggi) fikirkan..

saya seorang agent dari Takaful Ikhlas dan sedaya upaya memberikan khidmat terbaik untuk pelanggan saya..

Anonymous said...

kepada yang duk tuduh Takaful Ikhlas tu HARAM! meh baca kt sini penjelasan sampai HABIS! firdaues.dzulkiffli@yahoo.com

Saya ada mendengar isu ini banyak diperkatakan, dipersoal mahupun dijadikan hujah. Oleh itu, saya buat rujukan di internet dan cari jawapan dari perspektif Islam supaya adil bagi semua pihak. Satunya dapat saya petik dari laman web Ust Zaharuddin yang boleh dikatakan pakar dan 'masak' dalam bidang ekonomi & kewangan Islam. Cubalah kita baca dan nilai...

Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman (22 Ogos 2006)
Dalam arus pesat pembangunan institusi-institusi kewangan Islam di Malaysia khususnya dan dunia amnya, terdapat beberapa isu yang masih lagi dipertikaikan oleh masyarakat yang mana ia perlu ditangani segera oleh para ilmuwan Islam (Ulama). Antara isu yang kerap ditimbulkan adalah berkenaan modal permulaan bagi bank-bank Islam dan syarikat-syarikat Takaful, terutamanya yang berasal daripada syarikat induk beroreintasikan konvensional. Saya kerap mendengar, ramai yang mempersoalkan "kesucian" modal bank-bank Islam dan Takaful untuk permulaan perniagaan Islam. Ini menyebabkan mereka kerap bertanya: adakah Bank-bank Islam dan Takafuk benar-benar bersih dengan modal yang kotor?

Anonymous said...

sambung lagi, aku tak boleh nk copy samapi habis.. baca sampai HABIS!

Respon ringkas yang dapat saya berikan tehadap soalan ini adalah seperti berikut:

a) Wang itu sendiri adalah "tidak haram" dalam bentuk fizikalnya tetapi menjadi "haram" disebabkan oleh jalan untuk memperolehinya yang haram (tidak selari dengan kehendak Syariat). (Ahkam al-Mal Al-Haram, Dr Abbas Al-Baz, hlm 265).

b) Modal dan keuntungan asal yang didapati oleh syarikat induk kepada bank Islam bukan kesemuanya berasal daripada perniagaan yang haram. Sebahagiannya adalah datang daripada individu-individu dan organisasi-organisasi kerajaan dan swasta. Justeru, wang modal dari sumber yang halal telah bercampur dengan haram. Walaubagaimanapun, perlu diketahui bahawa modal permulaan bagi bank-bank Islam dan Takaful telah disahkan bersih dan halal oleh syarikat induk.

Jika dilihat di sisi Shariah, terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama, di mana majoriti ulama mazhab Hanafi, Ibn Qasim dari mazhab Maliki, mazhab Hanbali dan Ibn Taimiyah menetapkan bahawa adalah harus melakukan transaksi dengan pemilik modal yang bercampur antara halal dan haram jika majoriti modal itu datang daripada sumber yang halal.

Imam Ibn Nujaim pula berkata: "Apabila majoriti daripada jumlah modal atau pendapatannya adalah halal, maka tidak menjadi masalah untuk menerima hadiah dan makan hidangan mereka selama mana tiada sebarang tanda yang jelas menunjukkan ia adalah haram. Bagaimanapun, jika majoriti modal atau pendapatannya adalah haram, maka tidak dapat diterima hadiah dan makanan kecuali setelah disahkan kebersihannya(halal). (Rujuk Ibn Nujaim, Asybah wa An Nazair, hlm 125). Imam Ibn Quddamah pula berkata: "....Jika anda tahu (atau diberitahu oleh orang yang bercampur pendapatannya) bahawa sesuatu komoditi, barang atau makanan itu adalah daripada sumber/modal yang halal, maka ia adalah halal." (Al-Mughni, 4/334)

Ulama terkenal seperti Imam As-Syawkani dan Al-Muhasibi pula berpendapat bahawa adalah DIBENARKAN SECARA TOTAL untuk bertransaksi dengan pemilik kepada pendapatan yang bercampur antara halal dan haram, sama ada bahagian yang halal dalam modal tersebut adalah majoriti atau minoriti. (Rujuk As-Saylur Jarar, 3/19; Al-Makasib wa al-Rizq al-Halal, ms 116).

Anonymous said...

SAMBUNG LAGI.. SILA BACA!

Dalil-dalil mereka amat banyak, antaranya (rujuk as-Saylul Al-Jarar, As-Syawkani, 3/19) :-

a) Rasulullah SAW telah bertransaksi dengan para sahabatnya dari kalangan penduduk Mekah sebelum Hijrah, malah juga dengan sebahagian puak-puak Kafir. Tidak pernah di dengari sebarang tegahan Rasulullah SAW untuk berurusan dengan mereka, padahal kebanyakan harta mereka adalah dari sumber haram.
b) Telah sabit bahawa Rasulullah SAW pernah berurusan kewangan dengan rombongan ke Madinah dari kalangan arab badwi yang syirik tatkala itu. Sudah tentu harta mereka dipenuhi segala jenis hasil zalim dan haram.
c) Semasa Nabi SAW berhijrah, baginda berurusan dengan orang Yahudi dari kalangan penduduk Madinah dan arab-arab Badawi yang menghalalkan perkara-perkara haram di dalam Islam. Jika berurusan dengan mereka adalah haram, sudah tentu baginda akan menegah dari awal lagi.
d) Taqir (pengakuan) Nabi dengan membiarkan para sahabat berurusan kewangan dengan kelompok orang zalim juga adalah suatu dalil.
e) Jika Islam membenarkan berurusan dengan kafir yang bercampur haram dan halal hartanya, sudah tentu Islam juga membenarkan urusan kewangan dengan Muslim yang bercampur hartanya. f) Para sahabat Nabi juga berurusan dengan perompak-perompak Madinah di zaman Yazid Bin Muawiyah, tiada di kalangan mereka yang mengharamkan. ( Ihya Ulumiddin, Al-Ghazzali, 2/164)
g) Jika muamalah seperti ini dihalang, sudah tentu keadaan yang amat sukar akan berlaku kerana di akhir zaman seperti ini, sememangnya amat sukar bagi mencari sesebuah syarikat yang 100 % halal pendapatannya ( Ahkam al-Mal Al-Haram, Dr Abbas, hlm253 )

Anonymous said...

DAN LAGI!

Oleh yang demikian, adalah tidak benar untuk mengklasifikasikan keseluruhan modal bank-bank konvensional sebagai haram dan tidak boleh digunakan sebagai modal permulaan bank-bank Islam dan syarikat-syarikat Takaful. Tidak dinafikan bahawa adalah menjadi suatu keperluan yang besar bagi pihak bank untuk memastikan bahawa hanya bahagian yang halal sahaja digunakan dan diasingkan khas untuk penubuhan Bank Islam, Takaful atau bahagian perbankan Islamnya.

Akan tetapi, jika masih terdapat sebahagian kecil/minoriti modal yang haram daripada jumlah keseluruhan modal digunakan sebagai modal permulaan bagi bank Islam, saya berpendapat bahawa ia boleh dianggap sebagai Qard Hasan (pinjaman tanpa faedah) daripada syarikat induk konvensional kepada anak syarikatnya. Berikutan itu, bank Islam bolehlah membersihkan modal yang ragu tadi dengan membayar kembali pinjaman itu selain menggunakan sebahagian keuntungannya untuk didermakan.

Jika anda berpandangan bahawa semua cara di atas adalah tidak dibenarkan juga, maka bagaimana mungkin sebuah bank atau syarikat konvensional beralih kepada sistem Islam tanpa bantuan modal atau kewangan yang mencukupi. Oleh itu, selari dengan Maqasid Shariah, ia harus dibenarkan bagi membolehkan proses pertukaran sistem konvensional kepada sistem Islam dialkukan, walaupun pada permulaannya sebahagian daripada modal yang jelas haram terpaksa digunakan untuk tujuan itu.

Selain itu, Ulama silam juga telah membincangkan berkenaan hukum menggunakan keuntungan yang didapati dari perniagaan halal, bagaimanapun modalnya adalah wang curi atau haram. Dalam hal ini, Imam Malik, Imam As-Shafie, Imam Abu Yusof dan Sheikh Zufar Huzayl bersetuju bahawa pencuri tersebut berhak mendapat bahagian keuntungan daripada pelaburannya walaupun modal asalnya adalah haram, tetapi ia wajib memulangkan kembali wang yang dicuri (wang yang digunakan sebagai modal perniagaannya atau pelaburannya) kepada yang berhak. (Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusyd, 2/241; Rawdah at-Tolibin, An-Nawawi, 4/211; Al-Hawi, al-Mawardi, 7/337). Berdasarkan ijtihad ini, kita berpandangan bahawa bank Islam harus mengambil keuntungan daripada perniagaan/ pelaburan yang dijalankan walaupun pada modal yang digunakan untuk tujuan tersebut terdapat bahagian yang haram. I

su ini harus difahami dengan jelas, terutamanya apabila kekeliruan mengenai perkara ini menyebabkan bank Islam dituduh sebagai tidak Islamik dan lebih buruk lagi, meletakkan bank Islam sama darjat dengan bank-bank konvensional.

Ahmad Ghazali Bin Ahmad Tajuddin said...

Terbaekkkk. Tak perlu la nak memburukkan satu sama lain. Kepada yang bertanya. List down sahaja apa keperluan takaful anda. Then jumpa agent takaful daripada syarikat2 yang berminat suh depa buat quotation dan presentation percuma. Kalau posting camni memang tak abis hehehehe. Btw tq for sharing otai2 sekalian.

Http://www.takaful-insurance.com.my

Mazni Azmi said...

Assalamu'alaikum Wrmbth, masing2 ada kelebihan dan kelemahan. Terpulang kepada pelanggan untuk membuat keputusan.

Bak kata sebuah web yang saya baca. Ada suka pakai kereta kancil, ada yang pakai mercedes.Wallahu'alam

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...

Salam.saya disini juz nak kongsi sedikit ilmu.. INSURAN? adalah merangkumi life + medical + savings...semua syarikat insuran ada kebaikan dan kekurangan masing2..tapi yang paling penting anda tahu tujuan utama anda amik insuran n memahami polisi yang diambil..semuanya bergantung kepada individu n kemampuan masing2...saya tidak menjual insuran semata2, saya hanya ingin berkongsi pengetahuan bersama anda..dapatkan agen yang menjual ilmu insuran kepada anda secara percuma dan tidak mengejar keuntungan semata-mata.IKHLAS DALAM MENCARI KEREDHAANNYA..(MUHD FAIZ-0174123816 PRUDENTIAL BSN TAKAFUL AGENT)

Halalan Toyyiba said...

Assalamu'alaikum Wrmbth Medical card takaful ikhlas dan yang lain2 semua ada kelebihan dan kekurangan. Menurut saranan perancang kewangan yang saya dah baca, lebih baik ambil 2 atau 3 kad perubatan dari kompeni lain2 kerana ada hospital terima kad syarikat tertentu saja.

Janji kita ada buffer kalau apa2 berlaku. Tak kiralah dari perlindungan takaful ikhlasatau dari syarikat lain. Asalkan halal sudah. :)

Hanie said...

Salam..sy adalah agen Takaful lebih 10 thn lps. Sy dh mnyertai 2 company bermula Takaful Nasional (etiqa takaful) dan skrg Prubsn takaful. Pengamatan sy slama 10 thn ni, sesama agen takaful saling brtelingkah dn ada yg mndakwa mrk lebih Islamic drp yg lain sdgkn semuanya mndapat lesen takaful sama dr bank negara. Ini semua sikap mementingkn diri. Pelanggan yg akn rugi krn asyik berpindah dr st sykt ke sykt lain. Cuba brsikap profesional dgn highlight kelebihan produk masing2 dn bkn nk timbulkn kisah asal usul dsb. As long as ianya takagul, pasti ianya halal! Pernah x bila mkn ayam anda selidik asal usul ayam tu, siapa yg sembelih, sempurna tak sembelihan dsb? Be rasional and profesional

Hanie said...

Salam..sy adalah agen Takaful lebih 10 thn lps. Sy dh mnyertai 2 company bermula Takaful Nasional (etiqa takaful) dan skrg Prubsn takaful. Pengamatan sy slama 10 thn ni, sesama agen takaful saling brtelingkah dn ada yg mndakwa mrk lebih Islamic drp yg lain sdgkn semuanya mndapat lesen takaful sama dr bank negara. Ini semua sikap mementingkn diri. Pelanggan yg akn rugi krn asyik berpindah dr st sykt ke sykt lain. Cuba brsikap profesional dgn highlight kelebihan produk masing2 dn bkn nk timbulkn kisah asal usul dsb. As long as ianya takagul, pasti ianya halal! Pernah x bila mkn ayam anda selidik asal usul ayam tu, siapa yg sembelih, sempurna tak sembelihan dsb? Be rasional and profesional

Mohd Firdause said...

Salam kak...napa akak tukar dari etiqa ke prubsn?

Unknown said...

Sebenarnya semua syarikat yang dinamakan Takaful inshaAllah patuh syariah dan tiada keraguan mengenainya. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Syarikat A mungkin lebih baik dari B dalam satu sudut dan sebaliknya.

Asas kepada perniagaan ini adalah berteraskan amanah & integriti. Seorang agen yang amanah akan menerangkan sepenuhnya mengenai pelan yang diambil oleh pelanggan ( apa yang dilindungi & apa yang tidak dilindungi) manakala pelanggan pula perlu beramanah dalam mendedahkan maklumat kesihatan yang diperlukan.

Semua syarikat takaful yang beroperasi diselia di bawah Bank Negara Malaysia dan perlu patuh dengan syarat-syarat yang ketat.

Kebiasaannya kegagalan tuntutan takaful antaranya berpunca dari sebab seperti berikut :
* dokumen tuntutan tidak lengkap
* penyakit sediada ketika polisi di ambil tidak akan dilindungi bahkan sekiranya pelanggan gagal mengemukakan maklumat tepat@menyembunyikan fakta kesihatan) pampasan tidak akan dibayar.
* Hanya mengambil perlindungan asas dan bukan plan komprehensif...( hanya pampasan untuk melindungi kematian/keilatan kekal sahaja tanpa rider)

dan beberapa faktor yang lain...
Ada pelanggan yang memiliki 10 polisi tetapi tiada satu pun polisi yang melindungi rider penyakit kritikal..maka bila berlaku musibah...sudah pasti tiada tuntutan akan dibayar....

So pelanggan perlu bijak...agen juga perlu bijak dan berintegriti. Berbisnes lah dengan cara terbaik yang diajar Rasulullah...
Just ceritakan kebaikan & kelebihan kita tanpa memburukkan orang lain.

Kami di AIA Public Takaful menyediakan pelan medical card standalone dan medical card rider untuk
1) keluarga,
2) pasangan
3) Individu
4) Ibu/Ayah + Anak

Serendah RM51/sebulan (Individu) dan RM230/sebulan (Keluarga : Ibu + Ayah + 4 orang Anak). Saiful 0195900415 (Aia Public Takaful Financial Advisor)

Unknown said...

sgt setuju

Fariqh said...

Perbincangan yang dilemparkan oleh anda semua membuatkan saya sedikit terganggu untuk memilih produk takaful mana yang terbaik. Ketika ini, saya sedang menilai takaful medical card yang terbaik antara terbaik. Saya membuat perbandingan antara Great eastern takaful, Takaful Ikhlas dan Juga PruBSN. Sehingga kini, saya telah melihat, Great Eastern Takaful terbaik antara terbaik, namun ia hanya dari segi pemerhatian saya sahaja. namun itu bukan masalahnya, kerana sehingga kini saya masih TIDAK menjumpai agen takaful yang mampu merentasi sempadan. maksud saya, agen takaful yang boleh merentasi ke hulu ke hilir sekiranya saya tidak berada di sesuatu tempat. Saya kerap travel seluruh Malaysia, oleh yang demikian, amat sukar untuk saya mencari yang benar-benar bertanggungjawab terhadap klien mereka. Anda mampu menunaikan permintaan saya?

Nurul Azwan Blog said...

Bagi saya, Takaful Ikhlas adalah yg benar2 takaful yang lebih islamik. sbb apa. Takaful Ikhlas tiada riba, tiada judi dan tiada maisir. jika dibandingkan dgn prudential, mmg la prudential ada takaful tp adakah ia benar2 islamik. macam kes pau ahmad. nama pun pau ahmad, nama islam tp yg empunya org bukan islam. rupanya pau ahmad itu belum tentu lagi halal. pihak pengurusan takaful ikhlas semuanya islam dan kebanyakkannya terdiri dari muslim dan muslimah yg kebanyakkan berpakaian menutup aurat dan masuk jer azan, solat berjemaah sama2. byk program keagamaan. berbanding prudential, setiap ejen prubsn boleh jual produk prudential konvensional yg haram. ejennya pula ada yg tidak menutup aurat. ini yg apa yg saya perhatikan. bagi saya, biarlah kita pilih yang lebih islamik supaya kita tidak disoal diakhirat kelak..

Unknown said...

saya ibu mengandung 9bln..tidak lama lagi sy akan bersalin. saya mohon pendapat.takaful mana yang terbaik untuk baby saya yg akan lahir xlama lagi..?
sekarang saya ada takful prudential..untuk diri saya. bayar rm110 sebulan. selepas bersalin..bolehkah saya upgrade package sy untuk cover sekiranya saya mengandung selepas ini dan penyakit2 wanita seperti kanser payudara dll..
mohon agent terangkan takaful mana sesuai untuk anak saya dan diri saya.

ana_moch37@yahoo.com

rizalzurichtakaful said...


Salam puan Eddy Fana sya ryzal perunding takaful drp maa takaful boleh sya jumpa puan utk menerangkan pakej yg sesuai utk anak puan yg bakal dilahirkn insyaallah sya akan memberi penerangan secara terperinci puan boleh hubungi sya di no ini 0133109587 atau no whatapps sya 01119778959

Augustfall said...

I'm not an Islamic but I've enjoyed reading this debate.
I'm too an insurance agent but shall not say which company is the best but I would like to add that before worrying whether it's shariah or non shariah compliance, I would hope that everyone would at it the primary question of "whether can it take care of my financial and medical needs or not"
Which I truly & sincerely believe is the most vital question before considering anything else.

For the benefit of the client whom is looking for insurance please do look for the ones that suits you best by understanding the t&c of the product, the how to on claims and as well as carefully judge the agent which whom you will be liaising with.

As for other and future commenters, please do input your comment with the thought of helping and protecting others rather than saying which one is better or more compliance bcos in the end if anything were to happend, the consumers and as well as their families are the ones who suffer. As an agent, all must always Please bare that in mind.

I felt I could express myself better in English so i hope no hard feelings if I've offended anyone with my language or words.
And the best of luck to all agents out there.

Augustfall said...

I'm not an Islamic but I've enjoyed reading this debate.
I'm too an insurance agent but shall not say which company is the best but I would like to add that before worrying whether it's shariah or non shariah compliance, I would hope that everyone would at it the primary question of "whether can it take care of my financial and medical needs or not"
Which I truly & sincerely believe is the most vital question before considering anything else.

For the benefit of the client whom is looking for insurance please do look for the ones that suits you best by understanding the t&c of the product, the how to on claims and as well as carefully judge the agent which whom you will be liaising with.

As for other and future commenters, please do input your comment with the thought of helping and protecting others rather than saying which one is better or more compliance bcos in the end if anything were to happend, the consumers and as well as their families are the ones who suffer. As an agent, all must always Please bare that in mind.

I felt I could express myself better in English so i hope no hard feelings if I've offended anyone with my language or words.
And the best of luck to all agents out there.

Unknown said...

Aah, knpe akk tkar yea?

Unknown said...

very good advice from augustfall

agent yang jenis nak jatuhkan company takaful lain2 tu apa hal.jangan mendabik dada sgt . highlight kelebihan produk takaful masing2.

Khaidir said...

Good points, Augustfall.

aris muzani Takaful said...

x yah ngaku hebat..kalau x Jaga customer hang pa..banyak pemegang polisi prudential yang Dah aku takafulkan...depa kata Egent x service..masa mula2 nak ayat suruh join je nampak hebat...lepas Dah masuk langsung x service..sorry nak habaq la..kekuatan bukan dengan brand...NEED BASED SULOTION & AFTER SALE..OK BY

Mustakhim Zainoor said...

Nak celah juga
sbnrnya yg penting client faham apa yg dibayar

Unknown said...

Masing-masing mengatakan syarikatnya yang terbaik tetapi sebenarnya pelanggan hanya perlukan APA YANG TERBAIK untuk keperluan mereka..Tiada Guna nama syarikat Terbaik Tetapi dalam klausa & syarat boleh tamatkan polisi pelanggan serta merta & tiada jaminan pembaharuan ..Cuba lihat & baca klausa & syarat polisi masing-masing ..

Howard Finance said...

Adakah anda memerlukan pinjaman ??
Adakah anda sedang mencari bantuan kewangan, adakah anda sangat memerlukan dana?
Hammer syarikat kewangan berada di sini untuk menyediakan anda jumlah pinjaman yang diminta selagi anda akan dapat membayar balik pinjaman.
Kami memberi pinjaman pada kadar yang standard sebanyak 3.7% Hubungi kami hari ini melalui am_credit@outlook.com
Kami menawarkan pelbagai jenis pinjaman termasuk: Pinjaman Perniagaan, Pinjaman peribadi, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tanpa cagaran, modal teroka
Adakah anda ditolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan untuk apa-apa sebab ??. Jika Berminat? Hubungi kami hari ini melalui am_credit@outlook.com com dan mendapatkan pinjaman legit dan mudah hari ini

Unknown said...

Tak nak komen byk. Semua syarikat Takaful perlu melalui Bank Negara Malaysia utk dapatkan lesen Takaful di Malaysia. Klau ada sahabat2 yg perlukan Takaful,feel free to contact me Nik Syarihan (Prudential Bsn Takaful) 0133080571 . Tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi. =)

Unknown said...

Prudential ada x plan utk medical card je?

Ann Nadeeya said...

Bagi saya, semua TAKAFUL terbaik.

Pilihan di tgn klien. Apa pun, biar yang dicarumkan tu puas hati dan berbaloi. Manfaat utk waris. Apa sekalipun platform anda, berikan yang terbaik untuk klien.

Diskusi TAKAFUL dengan kami.

http://wikitakaful.com/1056/takaful/insurance/testimoni-ann-iman/

siti ramzan binti mohamad (kuntum) said...

Saya pun baru2 ni ada masalah dgn kad saya di KPJ Damansara. Hospital da minta gl Dr takaful ikhlas 5 hari sebelum prosudernya scope. Last minit mereka srh saya bayar dulu kemudian claim. Esok tu sy pg ke kpj. Desopit yg sy kena byr 4500. Sy tekejut. Mana ada duit cash sebanyak itu. KPJ pun hairan kenapa x bole lulus gl tuk Endoscopy dan colonscopy. Sdgkan daycare utk produser itu lbh 6 jam. Maksudnya itu di kira warded. Mereka beritahu pd saya. Selama berurusan dgn pihak insurans lain x ada masalah. Nape dgn takaful saya ada masalah. So sy amik kptsn buat scope outpatient. Dan terpaksa byr 3400. Dan dpt kesan sakit saya. Sgt2 kecewa dan sedih. Tp apa nak buat. Selama bertahun-tahun menjadi pelanggan takaful ikhlas time saya amat memerlukan kan di uji begini. Ermmm...

Unknown said...

Saya dan fmly pernah membeli kad medik takaful ikhlas dan mcis zurich.... Claim department takaful ikhlas agak lmbat setlekan claim saya. Makan masa hmpir setahun.... Kini saya sefamily setia bersama kad medik aia takaful.... Mmg berbaloi... Yg best masuk wad tanpa kuarkan walau 1 sen pun duit dari poket sendiri dulu... GL pantas...cpt cari ejen aia yg berhampiran.... #clientsetiaaiatakaful

Unknown said...

Saya dan fmly pernah membeli kad medik takaful ikhlas dan mcis zurich.... Claim department takaful ikhlas agak lmbat setlekan claim saya. Makan masa hmpir setahun.... Kini saya sefamily setia bersama kad medik aia takaful.... Mmg berbaloi... Yg best masuk wad tanpa kuarkan walau 1 sen pun duit dari poket sendiri dulu... GL pantas...cpt cari ejen aia yg berhampiran.... #clientsetiaaiatakaful

Unknown said...

Saya dan fmly pernah membeli kad medik takaful ikhlas dan mcis zurich.... Claim department takaful ikhlas agak lmbat setlekan claim saya. Makan masa hmpir setahun.... Kini saya sefamily setia bersama kad medik aia takaful.... Mmg berbaloi... Yg best masuk wad tanpa kuarkan walau 1 sen pun duit dari poket sendiri dulu... GL pantas...cpt cari ejen aia yg berhampiran.... #clientsetiaaiatakaful

Jgn sesatkan org said...

Saya ada membayar bulanan 150 kpd PruBSN sejak bulan 1 2016.. Ditakdirkan pd 26 Nov 2016 sy mngalami eksiden motosikal di sebuah kawasan di Sarawak.. saya dihantar ke hospital sibu (kerajaan) sbb kritikal sgt.. sesampainya di sana pihak hospital ada memberitahu doktor yang saya ni (dlm keadaan tidak sedar & patah byk tulang dalam badan) ada PruBSN Medical Card, so boleh dipindahkan ke KPJ Sibu.. tetapi pihak2 doktor blocked the move because at that time I'm in redzone, bila2 masa boleh meninggal.. so as a consequence, I was treated at 4 different ICUs.. I woke up from comma 5 days later and after 2 weeks, I was discharged..

Persoalannya ejen kata sy x dpt claim apa2 dari PruBSN sbb sy guna hospital kerajaan (padahal bkn sy dpt pilih tme tu) dan bukannya KPJ.. bab elaun wad harian tu saya faham la sbb sy cuma ambil plan 150 so mmg x kn dpt yg tu.. cuma yg sy x faham, knp sy x dpt claim apa2 walhal PruBSN ni medical card combined dgn insurance.. what's wrong with my plan? Kenapa langsung x dpt claim apa2 ble dihantar ke hosp. kerajaan padahal that's ambulance chouce due to my 70/30 death situation.. someone please explain to me.. I was horribly distraught by this.. buat apa bayar klo mcm ni.. sob3

Unknown said...

Kau tak payah nk menjual2 Islam, asalkan ikut garis panduan dan memenuhi keperluan & tuntutan customer pun dah cukup baik, baru lah nak kata ini Islam. Perangai pun x mcm org Islam ajak bergaduh sana sini. Orang amik pun sebab nak menyelesaikan masalah yg mereka tidak tahu pada masa hadapan, halal haram tu manusia sahaja yang letakkan, lama2 buat perang jual beli. Kalau nk claim haram, make sure tak mengelirukan ramai orang, x mengajak orang supaya jadi sesat. Henti2 berperangai seperti Iblis. Itu terpulang kepada customer, asalkan ada kebaikan yang dibuat Allah tetap membalasnya dan merahmati mengikut kehendakNya sebab Tuhan itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Jangan letakkan sama sifat Maha Tinggi Allah dengan sifat manusia. Jangan menghukum sesuka hati.

Jgn sesatkan org said...

betul bos.

Unknown said...

Salam. Saya ada beberapa soalan berkaitan pelindungan takaful. Saya memang tak tahu langsung bab takaful ni. Soalan saya agak basic. Mana2 agen adalah dialu-alukan...

1. Umur saya 29 tahun ni(2018). Dengan bayaran bulanan rm200, berapa jumlah perlindungan max boleh cover. Dan cover sampai umur berapa.

2. Adakah cover jika masuk wad shj.? Jika tak masuk wad @ outpatient macam mana.?

3. Jika masuk wad adakah saya kena keluar duit poket dulu claim kemudian atau 1sen pun tak perlu keluar duit poket.

Sekian, terima kasih..

huzaifahzainalabdidin@gmail.com

Unknown said...

Salam. Saya ada beberapa soalan berkaitan pelindungan takaful. Saya memang tak tahu langsung bab takaful ni. Soalan saya agak basic. Mana2 agen adalah dialu-alukan...

1. Umur saya 29 tahun ni(2018). Dengan bayaran bulanan rm200, berapa jumlah perlindungan max boleh cover. Dan cover sampai umur berapa.

2. Adakah cover jika masuk wad shj.? Jika tak masuk wad @ outpatient macam mana.?

3. Jika masuk wad adakah saya kena keluar duit poket dulu dan claim kemudian atau 1sen pun tak perlu keluar duit poket.

Sekian, terima kasih..

huzaifahzainalabdidin@gmail.com

Agen said...

Assalamualaikum .
Saya ada membuat perbandingan medikal kad + saving untuk anak saya.
Diantara yang saya servey adalah takaful iklas,zurich takaful, Prudential takaful,dan juga AIA takaful.
Sekarang saya buntu diantara semua itu yang mana adalah yang menjamin dan banyak benefits untuk anak saya..
Budget saya dalam rm150 bulanan.
Ada agen2 di luar sana boleh whassup saya berkaitan pelan insuran anda?
Whassup saya 0172517468..
Terima kasih