Wednesday, January 16, 2013

Pangkat & Tanggungjawab

Sebenarnya husband saya juga naik pangkat last year bulan 10 if i am not mistaken. bukan pangkat dalam tupperware tapi pangkat betul2 dalam kerja dia. itu pun selepas berkhidmat dalam tentera plus minus 8 tahun. huhuhu lamanya. kalau nak naik gaji kena naik pangkat. ye tak kawan2. 

Tapi satu je lah yang saya boleh rasa sejak naik pangkat ni dia agak sibuk. asyik kena kerja kuar aja. walaupun naiknya hanya secoet sahaja. malam ni dia takde. ada operasi di ijok. bulan lepas tak silap ada operasi di johor. dengar kata bulan 2 ni dia akan berkursus pula selama sebulan pula. dalam seminggu mesti ada 2 3 hari kena duty. wiken pula kadang2 kena kerja. 

kami biasanya petang2 balik keje suka ronda2 sambil jalan2 cari makan. sekarang masa ronda2 sudah kurang banyak. bila dia tak balik saya makan simple2 je kat umah. bagus juga boleh berjimat cermat. 

mungkin sebab itu juga saya sekarang sudah agak pandai berdikari. 

dulu awal2 kawen saya tak pandai drive. kemudian bertekad mahu drive sendiri. akhirnya saya berjaya drive walau dalam takut2. mula2 drive minyak tak pandai isi tunggu dia isi je. sekarang da pandai. dulu tak pandai singgah kedai tak reti parking tempat2 sempit. sekarang da pandai. dulu tak pandai nak g putrajaya sendiri amik stok tupperware sekarang da pandai. 

bila fikir balik, kesibukan dia ada hikmahnya. dalam tak sedar saya makin berdikari dan kadar kebergantungan pada dia makin berkurang. 

secara positive nya, kita tak boleh sentiasa berada di takut lama. kena sentiasa sedia menerima perubahan atau pembaharuan ke arah sesuatu yang lebih baik. 

nasib baik ada dhiya amani tolong teman kat rumah. 


papa & dhiya
luv u sayang!!

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Betul eira. Kena ada rasa berani dan boleh berdikari. especially bab driving kalau tak boleh memang akan terhadlah pergerakan.

eira eixora said...

betul2