Wednesday, October 30, 2013

Dadih

Kawan2 mahu enggak dadih yang saya makan ini. Hehehe! Tapi untuk dadih tiada pengeposan. Untuk tupperware ada. OPsss!.. jadi kalau nak makan saya nak bagi resepi. Dadih ni biasa je. Saje try n error masa buat tu. Nasib baik menjadi..

Toinkkkk.... tetiba topi chef sudah ada atas kepala. 
Tanpa berlengah kan masa mehlah kita start masak ini dadih


Sediakan bahan2 dulu ye:

1 tin susu pekat manis
4 liter air 
450g coffemate
12g serbuk agar2 plain
8 sudu besar gula
(kalau nak tambah lagi gula ni boleh je tapi bagi saya dah oke)
kalau ikutkan kan bajet 2014 kurangkan gula dalam makanan maniskan gula dalam senyuman banyak ni dah oke sangat. nak kurangkan lagi pon boleh...hik hik hik!

Lepas itu...saya campur je kan sume. Tapi coffemate tu pastikan takde ketul2 biarlah sume larut yerp. 
kacau2 sehingga masak. tutup api. letak dalam bekas seperti di atas.....letak dalam peti.
Makannn!

Senang tak. Kalau dah cuba jangan lupa bagi feedback. hik hik hik!

Dalam kepala ada lagi nak cuba yang versi lain pula.
Tungguuuuuuuuu!




Tuesday, October 29, 2013

Gaya Si Comel Berhari Raya 2013



Sebenarnya sudah lama mahu join contest ini tapi hari ini baru berkesempatan. 
Jadi marilah kita tempek gambar dhiya amani masa raya hari tu.


Nama: Dhiya Amani Binti Mohd Zulhilmi
Umur: 2 Tahun 7 bulan


PENGANJUR CONTEST INI ADALAH


HADIAH YANG MENARIKKK! 

Hadiah Utama


Cute Drawer tajaan YourBabyWardrobe

Hadiah Kedua

Ada 2 hadiah untuk sorang boy sorang girl


Travel Mat tajaan BabyIbu Shoppe

Hadiah Saguhati

Ada 3 hadiah untuk boy


Custom Made Kopiah tajaan Untuk C Comel

Girl pun ada 3 hadiah juga


Custome Made Charm Bracelet tajaan The Aura Handmade Little Trinket

OKES INI ADALAH SUME SENARAI PENAJA


Sapa nak join masih sempat lagi ni...Jom2 memeriahkan majlis!!!


Syarat-syaratnya:

1. Letakkan banner contest di sidebar blog dan linkkan (done)
2. Link BabyIbu dalam bloglist (done)
3. Membuat entri mengenai contest ini diblog (done)
   - pakai baju kurung raya (done)
   - nyatakan nama anak (done)
   - nyatakan umur anak (done)
4. Mention link ke penganjur BabyIbu (done)
5. Da siap tinggalkan link kat entri (Jap lagi  .. =))

Monday, October 28, 2013

Ada iras2 rita rudaini tak?..hehe!





`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`


Hehe saje je. Sebenarnya suka tudung ni sebab tengok rita rudaini pakailah. actually ni koleksi pertama aidijuma. dan rasanya yang rita rudaini pakai tu pun tudung aidijuma juga sebab ternampak tag kat tudung dia. Dan yang paling best husband cakap pakai tudung ni lagi nampak oke dari tudung segera tu a.k.a tudung awning. Sememangnya diri sendiri pun tahu yang tudung awning tak sesuai tapi tudung awning kan tak payah iron. tudung ni kena iron bagai. that's the reason. 

Dan saya sebenarnya dah fall in love ngan tudung aidijuma ni. Will buy again next time. Aim nak beli yang polkadot tu. 

yang ni haa... cantik tak? tudung memang cantik. ngan model2 dia sekali cantik. Sebenarnya salah satu strategi perniagaan model kena cantik. kalau tak cantik orang tak panggil model ye tak? sekali kita beli takde lah cantik mana pon... =P


Lagi satu tengok datin juma gayakan tudung dia sempoi je. biasa dia simpul je ujung tudung dia. zaman2 dulu mak saya suka simpul tapi saya je lah tukang ikut menyimpul. tapi sekarang ni macam dan ramai pula yang simpul tudung. mahu cantik macam datin juma eh? hehe!


contoh tudung disimpul2...cantikkkk je =)

p/s: sume gambar kecuali gambar saya adalah dari google

Sunday, October 27, 2013

Membrane lagi..

Hehe excited pula nak cerita pasal membrane kan. sebenarnya kerja saya buat membrane je. selebihnya untuk aplikasi kawan saya yang akan teruskan.

Tujuan utama membrane ni akan diletakkan dalam reaktor macam gambar kat bawah ni.



Tujuan utama reaktor ni untuk menjana elektrik. 

Secara ringkasnya elektrik dijana dari proses bakteria makan gula dan menghasilkan elektron. Makin banyak elektron dihasilkan oleh bakteria makin banyak elektrik dijana. Tapi buat masa ni sikittttt je elektrik yang dijana tu. Masih belum mampu nak nyalakan satu mentol lampu pun. Ini setakat yang kami buat. Yang pengkaji lain dah buat mungkin lebih advance dari ni lagi. 

Bersama-sama penghasilan elektron tersebut proton juga turut dihasilkan. Jadi proton inilah yang akan melalui membrane yang saya buat tu. 

Untuk menghasilkan elektrik ada dua syarat:

1. elektron mesti bergerak ke kanan melalui wayar. 
2. proton mesti bergerak ke kanan melalui membrane. 

Friday, October 25, 2013

Masih ada sinar...



Setelah hampir 2 tahun saya buat membrane, membrane yang saya buat hari inilah yang paling hampir dengan apa yang saya nak. Syukur padaMu ya Allah kerana menunjukkan jalan pada ku. InsyaAllah perlukan sikit lagi modification untuk dapat seperti yang sepatutnya...



Wednesday, October 23, 2013

Antara Nuffnang dan ping busuk

Seperti ramai sedia maklum untuk jadi ahli yang dipanggil Glitterati dekat nuffnang tak boleh ada iklan lain kat blog selain nuffnang je. Contoh macam google adsense ke apa memang tak boleh. 

Jadi biasanya sejak dulu pun saya cek memang saya Glitterati kat nuffnang tu. Walaupun dapat tak masyuk sangat tapi boleh lah daripada takde. Nak dijadikan cerita hari tu log in nuffnang tengok2 sudah Non-Glitterati. Eh kenapa ni ek? Ada buat iklan lain ke apa. 

Pastu pop teringat yang hari tu g gatal tangan letak link ping busuk kat blog ni. Mungkin sebab tu kot sudah tak Glitterati. Antara Nuffnang ngan Ping Busuk jadi saya memilih Nuffnang. Maka link Ping Busuk telah ditiadakan dari blog ni. 

Hari ni cek2 saya dah Glitterati balik. Bila baca2 pasal Glitterati ni dia kata automatik detect link2 yang pelik2 ni. Mungkin link ping busuk ngan Nuffnang tak geng kot =)

Pernah tak u olls alami benda2 macam ni? =)

Tuesday, October 22, 2013

Alah membeli menang memakai..


Saya guna bekas tupperware ni untuk simpan sayur dalam peti. 
Memang sayur akan tahan secara luar biasa lama  =)
Hehehe! 

Sebagai contoh kalau tomato letak dalam ni akan jadi macam rangup2 gitu.
Husband pun perasan. Dia kalau beli epal ke mesti nak letak dalam ni dulu baru makan. 
Apa ke pelik eh? Tapi dia cakap bila letak dalam ni dulu epal akan jadi rangup dan sedap di makan. 


Monday, October 21, 2013

Tugu negara

Hehe. saje je bawa dhiya amani g tugu negara. Me paling last g masa darjah 5 lawatan sekolah. actually tu pun first time juga. Tujuan, saja nak bagi dhiya amani tengok askar besar gabak. Kemain gembira dia siap bagi tabik hormat lagi. Opsss! current obsession dia sekarang adalah tengok askar je tabik. papa yang ajar. 







ini tabik hormat tau =)






Tapi satu je lah precaution kalau bawak budak2 g sini sebab kolam dia takde pagar. risau kalau budak berlari2 tak perasan kolam tu. Sebab tu dhiya amani berdukung je. dia suka lari sana lari sini. 

Sunday, October 20, 2013

Saturday, October 19, 2013

Dah tawar hati sangat..

Saya dah tawar hati nak abeskan study ni
Tapi sebab saya dah mulakan saya kena abeskan jugak
Malah cita-cita saya bukan hanya setakat ni
Saya mahu melangkah selangkah lagi dari apa yang saya tengah lakukan ini.

Tapi ketahuilah
Ia tak sesenang sebuah impian
Tak sesenang macam buat karangan

Andai nanti sekiranya saya berjaya
Sayalah orang yang paling bahagia
Sebab saya tahu bukan mudah ini semua

Cita-cita perlu ada usaha
Diikuti tawakal dan doa

Kalau saya pernah berjaya masa tadika
Juga pernah berjaya masa sekolah rendah
Pernah mengharungi liku-likunya payahnya sekolah menengah
Tidak kurang juga masa matrikulasi
Seterusnya semasa mengejar cita-cita menggenggam segulung ijazah degree
Sekarang......

Usah dicakap mengenai perbezaan kerana semestinya setiap tingkat ada perbezaannya
Kalau semuanya sama saja apa keistimewaannya........

Huaaaaaaaa...
Bangun ANIS bangun!!!

Friday, October 18, 2013

Homemade Ice Cream


Hari tu macam ramai pula dok share resepi ni kat internet. Makanya ini lah hasilnya. 

Bahan-bahan:

Bahan A

1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat (saya guna 2 sudu besar saja)
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar ovalett

Bahan B

serbuk koko secukupnya untuk perisa (boleh juga guna perisa lain ikut suka)

Cara-cara:

Campur sume bahan A dan blend selama 15 ke 20 minit
Masukkan bahan B kacau2 sikit
Letak dalam bekas
Letak dalam freezer semalaman
Siapppp untuk dimakan.. 



Thursday, October 17, 2013

Da sampai KL

Hari ni da mulakan hidup macam biasa. Tadi dhiya amani nanges2 masa hantar umah babysitter. Malam tadi dalam kete dia dah cakap siap2 mama esok takyah keje. sebab tu lah kot nanges sebab tetiba hari ni hantar juga dia. Nak buat cam mana dhiya amani. mama ngan papa keje jadi terpaksalah. nanti mama balik awal amik dhiya. 

dia memang suka sangat balik kg hari tu. almaklumlah dah pandai cakap. keje potpet2 je. 

mama pula biasalah baru2 sampai KL ni simptom homesick mestilah ada as always. tapi sebab hari ni dah datang UM kurang sikit lah. keje banyak nak kena siapkan. 

okes got to go now.


Gambar raya. Ni je yang ada.






Sunday, October 13, 2013

Salam AidilAdha..


Petang ni nak balik kampung... =)


Friday, October 11, 2013

Ting tong ting!

Sebenarnya ni tengah buat lab. Kena tunggu 3 jam baru boleh angkat.
Pendek kata buat lab ni tak jauh beza ngan buat kek atau kuih muih.

Mula2 kena timbang bahan2nya
Pastu campur2 ikut kesesuaian
Lepas tu letak atas api biasanya hot plate
Tunggu campuran betul2 masak =)

Angkat dan bentukkan mengikut citarasa masing2...

Senang bukan? hoho!!  =)

Thursday, October 10, 2013

Saya budak baru belajar. kalau salah tolong tunjukkan =)

Saya sebenarnya ada sikittt je masalah.! 

Sebagai contoh kotak komen ni kan..biasa kalau klik pada nama blogger terus direct ke page kawan2 yang lain. Tapi kalau ada simbol dalam bulatan tu. bila kita klik pada nama tidak terus direct ke page kawan2 tadi. Macam mana untuk ke page kawan2 tersebut. Segala pertolongan didahulukan dengan ucapan terima kasih =)


Sorry ada sesetengah komen ter print screen sekali


Tuesday, October 8, 2013

Pixajoy..Terima kasih Umi Qi =)

Hari tu kan saya blogwalking blog umi Qi. Kebetulan umi Qi update pasal photobook made by Pixajoy. Terus teruja dan terus ke website tu. Tiba2 masa tu juga tengah ada promosi. So, apa lagi. Terbeli sudah....Sebelum beli tu saya download dulu dia punya template sebab pernah jumpa yang dekat Groupon tapi dia punya template tak user friendly. Bagi yang tak pandai IT macam saya ni memang tak dapat nak nolong. Nasib baik jumpa yang ni. Decoration photobook da hampir 100% siap. Tak sabar nak submit dan tengok hasilnya. InsyaAllah bila dah siap mahu tempek kat sini. 

kepada yang berminat boleh lah ke laman web PIXAJOY



Short Trip to Johor

Tujuan utama ke Johor adalah nak attend konvo adik. Tapi jadual sangat pack. Jadi penat yang amat. Tadi masa balik keje terlelap 3 kali. bahaya tol!!

Inilah adik saya yang konvo tu. Maaf lah dia g tido pula masa amik gambar ni. Bateri phone pula dah nyawa2 ikan. jadi ini je gambar yang ada. 


Lepas settle hal konvo sume. Note: Super panas suasana masa konvo ni. Dewan baru macam agak jauh kena jalan sikit. dhiya amani pula asyik ke sana ke mari. Bangunan lain pun macam jauh dari satu tempat ke tempat yang lain. Terus ke Wet World Batu Pahat. Pas mandi barang sejam dua terus ke JB umah pakcik. Kiranya ni adalah pertama kali jejak kaki kat JB. JB kan jauh, kalau nak g sana saja2 memang tak lah. ni pun nasib baik ada kerja so terus lah ke JB alang2 kan. 

Esoknya pakcik bawa ronda2 JB. Rupa2nya Singapore hanya sekangkang kera dari Malaysia. Patutlah ramai orang Malaysia suka g jenjalan Singapore. Okelah next time mahu ke USS =) InsyaAllah.

Then kami ke Legoland. Tapi tak masuk pun buat syarat je. Amik gambar2 kat depan ni je. Dari luar nampak macam panas je kawasan ni. Kalau nak compare ngan bukit merah, perak macam kat sana redup  dan sejuk sikit. 


Next ke Puteri Harbour. Takde apa sangat. Tengok kapal2 je. Tak tahu pula kapal2 ni nak g mana. Oh! sebenarnya ke sini sebab nak g tengok2 Hello Kitty Town. Pun tak masuk amik2 gambar then terus ke next destinasi. Serious rushing sangat. Kalau nak pergi lenkali kena rancang betul2 barulah best leh berlama2 di satu2 tempat. Tapi kira okelah pertama kali usha kawasan dulu =P




Next ke JPO, Johor Premium Outlet. Memang tak sangka la JPO ni kira pendalaman jugalah. Biasa bila tengok gambar kawan2 yang pergi macam dalam bandar je. Tapi yang peliknya ramai pula orang kat situ. Nak parking pun susah. Macam mana lah owner tempat tu leh terfikir nak buka outlet kat situ. Bijak betul dia. 


Dhiya Amani dan Thaqif Ubaidullah. Dhiya suka sangat Thaqif. Asyik nak cium je. Kadang2 boleh rimas Thaqif. Apa2 pun moga jadi sepupu yang baik dan jangan gaduh2. 


Bertolak dari JPO ke KL dalam kul 5. Ummi nak singgah Nilai 3 tapi tak sempat. Singgah makan sate jap kat Sate Kajang. Sampai umah kul 1 pagi terus flat.