Tuesday, October 8, 2013

Short Trip to Johor

Tujuan utama ke Johor adalah nak attend konvo adik. Tapi jadual sangat pack. Jadi penat yang amat. Tadi masa balik keje terlelap 3 kali. bahaya tol!!

Inilah adik saya yang konvo tu. Maaf lah dia g tido pula masa amik gambar ni. Bateri phone pula dah nyawa2 ikan. jadi ini je gambar yang ada. 


Lepas settle hal konvo sume. Note: Super panas suasana masa konvo ni. Dewan baru macam agak jauh kena jalan sikit. dhiya amani pula asyik ke sana ke mari. Bangunan lain pun macam jauh dari satu tempat ke tempat yang lain. Terus ke Wet World Batu Pahat. Pas mandi barang sejam dua terus ke JB umah pakcik. Kiranya ni adalah pertama kali jejak kaki kat JB. JB kan jauh, kalau nak g sana saja2 memang tak lah. ni pun nasib baik ada kerja so terus lah ke JB alang2 kan. 

Esoknya pakcik bawa ronda2 JB. Rupa2nya Singapore hanya sekangkang kera dari Malaysia. Patutlah ramai orang Malaysia suka g jenjalan Singapore. Okelah next time mahu ke USS =) InsyaAllah.

Then kami ke Legoland. Tapi tak masuk pun buat syarat je. Amik gambar2 kat depan ni je. Dari luar nampak macam panas je kawasan ni. Kalau nak compare ngan bukit merah, perak macam kat sana redup  dan sejuk sikit. 


Next ke Puteri Harbour. Takde apa sangat. Tengok kapal2 je. Tak tahu pula kapal2 ni nak g mana. Oh! sebenarnya ke sini sebab nak g tengok2 Hello Kitty Town. Pun tak masuk amik2 gambar then terus ke next destinasi. Serious rushing sangat. Kalau nak pergi lenkali kena rancang betul2 barulah best leh berlama2 di satu2 tempat. Tapi kira okelah pertama kali usha kawasan dulu =P




Next ke JPO, Johor Premium Outlet. Memang tak sangka la JPO ni kira pendalaman jugalah. Biasa bila tengok gambar kawan2 yang pergi macam dalam bandar je. Tapi yang peliknya ramai pula orang kat situ. Nak parking pun susah. Macam mana lah owner tempat tu leh terfikir nak buka outlet kat situ. Bijak betul dia. 


Dhiya Amani dan Thaqif Ubaidullah. Dhiya suka sangat Thaqif. Asyik nak cium je. Kadang2 boleh rimas Thaqif. Apa2 pun moga jadi sepupu yang baik dan jangan gaduh2. 


Bertolak dari JPO ke KL dalam kul 5. Ummi nak singgah Nilai 3 tapi tak sempat. Singgah makan sate jap kat Sate Kajang. Sampai umah kul 1 pagi terus flat. 

16 comments:

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

tahniah kepada adik yang dah konvo.. dah lama tak ke johor..

Umi Qi said...

seronoknya...tahniah tuk adik sbb dah konvo...best yer pi Legoland....nak pi nak pi hehehe

ummiross said...

tahniah buat adik eira, moga terus maju dalam kerjaya pula nanti.

Best kan jalan2 kat Johor. Ummi pun baru ke Johor 2 minggu lepas, tapi tak sempat jalan2 sangat, pegi kejap je.

ZazaMyMoon said...

ini namanya smbl menyelam minum air hehe
at least dapat jg bebrjalan ke dua tiga tempat =)

Kakzakie said...

Tahniah buat adik yg convo... alahai eira dah tak simpan no. tel kakak ke? JPO tu belakang rumah kakak aje tau... kalau tak boleh kita jumpa kan...

MAY said...

lme x jejln ni..;)

QueeN TerataI said...

Congrates for ur brother eh... Well bestlah dpt berjln2 di JB ye x.. kalau g JPO tu kena bawa duit kepuk2 baru syok! hehehe

salam ziarah & already follow u... ;) Tq singgah blog sya yer

Fazleyatul Aini said...

selamat berkonvo buat adik ye

Knor said...

tahniah bt adik tu..

gi jln2 rupanya si comel ni..dh ada pasangan tu..usik2

Qhaifa Nur said...

salam kenal dan follow ...

seronoknya masuk legoland....
tahniah buat adik juga...

eMMe said...

Tahniah kat adik Eira yg selamat melalui Majlis Graduasi..
sonok.. sesambil tu leh bwk famili jenjalan kan...

Kesuma Angsana said...

tahniah buat adik tu yer... done follow sini juga !

eira eixora said...

kakak maaf sebab hari tu rushing sangat. insyaAllah ada jodoh kita jumpa =)

eira eixora said...

hehe tak masuk pon. posing je lebih

eira eixora said...

terima kasih sume for the wishes..alhamdulillah adik dah keje kat segamat

ummuaidan said...

tahniah tuk adik yer..