Tuesday, September 30, 2014

Vantage: Memasak bersama Chef Ismail

Sabtu hari tu 27.09.2014 dapat jemputan dari vantage untuk join aktiviti memasak ni. Sebenarnya saya ni ahli vantage sebab tu lah dia jemput. Nak jadi ahli kena daftar rm15 untuk setahun. Setiap tahun kena renew.

Bila jadi ahli banyak kelebihan dia. 

- Antaranya dapat less 20% untuk semua barang vantage. 
- Katalog terbaru akan dihantar terus ke rumah. 
- Berpeluang menghadiri majlis yang dianjurkan oleh vantage. 2 tahun lepas kami ke jamuan hari raya vantage. 

Kira berbaloi jugak la bayar rm15 untuk setahun tu kan. Kalau nak jadi ahli boleh lah ke HQ vantage di PJ. 

Berbalik kepada aktiviti memasak. Sebenarnya saya terlupa tarikh. Last minit dapat call. Terus pergi walaupun sebenarnya dah lambat. Husband pula keje. Terpaksa bawa dhiya amani. Kalau bawa budak ni kesabaran diuji sikit sebab cakap banyak dan tak duk diam. 

Chef masak 2 jenis masakan. Satu kuih cara berlauk dan gulai lemak cili api kot. Hahah tak fokus sebab asyik fokus kat dhiya je. Makanan pun tak sempat nak rasa sebab susah nak kedepan. Kami sampai lambat dapat tempat duduk ujung. Ramai cakap kuih cara tu sedap. Dhiya amani nak nak. Nak buat cam mana bukan rezeki kita nak merasa kuih tu anok oi. Nanti lenkali mama buat bila mama rajin. Wink. Wink. 

Layan gambar k. 


Banyak tips yang chef bagi hari tu.



Sesiapa pun boleh order pinggan vantage bertandatangan sendiri. Dengan syarat min order 100 pieces. Ni contoh pinggan chef ismail punya yang dia guna kat restorennya restoren rebung. 



Nampak sedapkan kuih ni? Tu yang dhiya amani beria nak.





Monday, September 29, 2014

Pixajoy buat OFFER lagi

Tapi untuk 3 hari sahaja.

Untuk SIGN UP boleh ke LINK INI.

Untuk tengok contoh photobook Dhiya Amani boleh ke LINK INI.

Rugi tau tak buat. Bila dah siap sangat cantik =)


Thursday, September 25, 2014

Masih pasal wedding

Ini hujung bulan 5 punya cerita. Wedding my labmate haslina. Sekarang lina dah pregnant. Baby kembar. Bestkan? =)

Layan gambar je k.

Masa akad nikah

So sweet


1 Malaysia tak kami


Bridesmaids yang lawa-lawa

Wednesday, September 24, 2014

Tahniah kakak..!

Kakak ni sepupu saya belah ayah. Kiranya dia adalah cucu sulung dalam family. Alhamdulillah baru-baru ni kakak dah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya. 

Disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan saya tidak dapat menghadiri kenduri di rumah mak sedara saya di kelantan. Jadi kami decide untuk attend belah lelaki punya. 

Husband kakak orang Raub. Dekat area Masjid Qariah Dong. Masjid tu kalau dari KL belah kiri jalan utama. Rumahnya pun tak jauh dari jalan utama. Kami dari KL amik masa 2 jam je untuk sampai Raub. Oh alangkah bestnya kalau kampung kat situ. 2 jam takdelah lama mana kalau banding ngan 6 jam ke 8 jam nak balik kelantan. Apa-apapun kelantan tetap di hati =P

Mula-mula kita show off pengantin lama dulu


Tudung spoil

Selamat pengantin baru

Thursday, September 18, 2014

Air berjoget di KLCC Park

Memandangkan hari tu papa keje on weekend tengah hari. Makanya malam tu papa bawalah kami ke KLCC park sebab nak tunjuk air berjoget ni lah. Nak tengok ni free je. Kat kolam KLCC park tu. Tak sangka pula ramai orang. Ingat kan kami je...Wakaka! Oke tak lawak. Layan gambar je k. 















Cantik tak? Pergilah tengok. Pergerakan air ni dia ikut rentak lagu yang dimainkan masa tu. Kiranya pas satu lagu air ni berhenti. Then lagu lain pula. Gitulah ceritanya. 

Wednesday, September 17, 2014

Masalah

Kalau nak ikutkan dalam hidup ni masalah memang banyak. Dalam masa terdekat sehingga bulan 12 ni atau sehingga siap mana-mana yang terdahulu masalah paling besar saya adalah thesis. Dia lebih kurang macam nightmare. Kalau tak buat asyik teringat. Bila buat stuck je memanjang. Alangkah indahnya kalau tulis thesis tu macam tulis blog ni je. Taip-taip publish. Esok taip yang lain pula. 

Maaf banyak-banyak kepada yang sesiapa yang mungkin muak baca update asyik thesis thesis thesis je. Tapi ni sebahagian realiti kehidupan saya diketika ini. Tak sangka ia memberi impact yang cukup besar dalm hidup ini. 

Dan saya juga dah kurang sikit blogworking. Ada masa saya jenjalan blog kengkawan oke. Kadang-kadang baca je tapi tak komen. Mengharapkan hidup akan lebih baik selepas ini. Dan tak sabar mahu kabarkan berita gembira bila mana thesis dah siap dan dapat tempek kat sini thesis yang sudah dijilidkan. InsyaAllah, masanya akan tiba. Chaiyok Anis ='(

Tuesday, September 16, 2014

Planetarium Negara

Seperti biasa lawatan sambil belajar dhiya amani adalah sangat ilmiah. Kali ini kita ke Planetarium Negara pula. Planetarium ni terletak tak jauh dari Masjid Negara dan sejalan dengan Taman Burung KL. Lain kali nak g Taman Burung pula. Bolehkan papa? =P

Fees adalah percuma untuk ruang pameran. Cumanya kalau nak tengok show (lebih kurang macam wayang cumanya screen dia bentuk kubah bukan flat screen) kena bayar rm6 untuk dewasa dan rm4 untuk kanak-kanak. At least dapatlah juga pengetahuan sikit-sikit bila ke sini kan. 

Jom layan gambar. 

Wajib amik gambar kat sini sebagai bukti memang ke planetarium


Belajar apa tu?

Khusyuknya..


Letak satu gambar mama di Menara Tinjau
Menunggu show dimulakan..



Saturday, September 13, 2014

Kasih sayang seorang suami

Jarang-jarang saya masuk baca blog abil4fauziah. Sekarang Saudara Abil dah bukukan kisah mereka dalam buku bertajuk "Warkah Buat Isteri". 

Sangat setia Saudara Abil ni pada isteri dia. Susah nak cari lelaki macam ni kan? Doa-doakan semoga suami kita pun sama macam dia. Dan kita juga akan sentiasa berusaha menjadi isteri yang terbaik. Jemputlah baca ENTRI NI untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku tu. 

Al-fatihah untuk arwah Kak Fauziah. 

Friday, September 12, 2014

Terima kasih Syuk!..

Ini perihal belajar saya. 

Sekarang saya dah sampai stage yang 

Wajib publish paper.
Wajib hantar thesis. 

Kalau nak grad. 

Dan ini lah sebenarnya two major parts yang saya sangat lah terasa susah nak achieve. Macam beban yang sangat besar. Dalam saya terkapai-kapai alhamdulillah sebab saya ada sorang kawan yang masih concern and care pasal study-study ni. Tq syuk. Syukriah Asriyah. 

Kawan yang saya kenal masa kat UTP. Kemudian sambung plak master sama-sama kat UM. Tadi dapat khabar gembira yang paper syuk dah publish dan dia dah submit thesis dia semalam. Betapa bahagianya kan bila dua benda ni berjaya dilaksanakan. Saya tahu syuk pembaca setia blog ni. Hai syuk. Sambil lambai-lambai tangan. Haha!

Dan saya tak pernah sekali pun menyesal sambung master dalam bahagian research. Sebab nanti kalau nak sambung lagi saya dah prepare physically and mentally apa itu research yang sebenar. Kiranya buat master ni macam foundation atau matrik lah untuk peringkat seterusnya. Kalau saya amik by coursework mungkin saya tak expose sangat dengan benda-benda yang macam ni. 

Terus terang master ni dah tukar banyak benda dalam hidup saya. Bukan saja dari segi belajar. Tapi dari segi pemikiran dan pandangan tentang kehidupan. Kalau saya ni pandai menulis mungkin pengalaman ni sudah boleh dibukukan. Tapi apakan daya saya hanyalah seorang penulis blog yang kerdil sahaja =) 

Mungkin juga cara saya decide untuk buat master ni dek kerana tekanan kerja yang saya rasa sebelum ni. Dan saya sebenarnya kurang bersedia awal-awal dulu. Benda-benda kalau kita nak buat yang datang dengan persediaan InsyaAllah akan smooth sikitkan. Tapi tulah ini sume adalah satu pembelajaran yang sangat bermakna.  Atau mungkin juga sebab culture shock. Ye lah keje 8 to 5 setiap hari. Kul 6 dah kena keluar rumah. Sampai rumah dah magrib. Tetiba sekarang SV sangat flexible. Nak datang kul bape, tak nak datang pun takpe =P

And oh yes! saya dah addicted dengan Blog Dr. OT ni. Terima kasih Dr. kerana sangat suka berkongsi benda-benda penting yang selalu di anggap remeh oleh kebanyakkan orang. I am one of your fan now =) 

Dan Dr. OT juga ada berkongsi artikel yang sangat menarik di sini: 


Thursday, September 11, 2014

Thesis


Untuk lebih pencerahan bagi topik yang bakal dibincangkan boleh klik link di atas =)

Semua orang gembira bukan kalau ada orang lain sependapat dengan kita. Dan bila baca artikel di atas itu saya rasa macam eh eh sama je ngan apa yang saya rasa. Baca lagi. Eh sama lagi. Huhuhuhu! nangeeeeeees. 

Dalam hati saya nak habiskan cepat-cepat belajar ni. Tak nak fikir lagi dah. Tapi conflict dalaman cakap mahu sambung lagi. Maksudnya kena ulang balik apa yang saya tengah buat ni. Huhuhu! Biar masa yang menentukan. 

Saya ni jenis suka explore. Mula-mula baca artikel kat atas dulu. Pastu godek-godek FB dia pula. Lalu terjumpa lah link ke blog beliau. SINI

Banyak rupanya yang beliau kongsikan kat situ. Nanti nak godek-godek blog beliau pula. Semoga ia memberi manfaat kepada saya yang tengah terkontang kanting ni. Kadang-kadang rasa Allah dah sediakan pathway yang cantik untuk kita. Mungkin dia tak bagi direct. Tapi last-last dia bagi juga. Makin lama kan jiwa saya makin fall in love in this education world. Jadi kepada mana-mana uni sila lah amik saya jadi lecterur anda. Doa-doa. Mudah-mudahan. 

Aminnn...

Drypers backpack

Hari tu duk blogwalking dan jumpa ramai mak-mak cakap dapat drypers backpack ni secara percuma. Caranya just sign up jadi ahli kelab drypers. Bag ni akan diberi kepada 50,000 terawal yang sign up. Jadi teruslah sign up kat website drypers tu. Alhamdullilah dapat. Dhiya Amani belum tahu lagi kewujudan beg ni. Tengah berkira-kira nak bagi baby baru sebab dhiya dah banyak bag. Nanti kalau tunjuk kat dia tak nak bagi adik pula. 


Terima kasih drypers. 

Wednesday, September 10, 2014

Tahniah Wani!

Gegirl. 

Begitulah panggilan manja buat geng kami masa kat UTP dulu =P Sebenarnya kami kenal dari first sem lagi. Masa tu biasalah budak-budak baru excited terlebih. Ada kawad kaki peringkat kebangsaan kat Putrajaya. Jadi kami beria masuk wakil UTP. 

Atie, Ekin & Farah course mate. 

Saya roomate Farah. 
Wani roomate Atie.
Azra ngan Intan pula sebelah bilik kitorang. (Saya ngan Farah)

Jadi kalau nak g latihan kawad g sama-samalah. 

Alhamdulillah ikatan persahabatan ini masih kekal hingga hari ini. 

Dulu masa kat UTP saya ingat saya yang kawen paling lambat sebab almaklumlah masa kat Uni takde orang berkenan. Last-last sem baru nak bercintan cintun. Nasib ada orang nak. Tup-tup dalam ramai-ramai ni saya yang kawen dulu. 

Third Azra, Ni sekitar majlis tunang dan wedding azra
Pastu Ekin. Sorry Ekin masih tak up up lagi entri wedding ekin. 

Andddd yang terbaru Wani. 
Ada sikit je gambar. 

Tahniah Wani! Selamat Bertunang. Mungkin nanti wedding Wani tak dapat join sebab masa tu dalam pantang. 

Mama & Dhiya. Selfie dulu dalam kete.

Bergambar ngan tunangan orang. My pwincess tak leh tinggal. Tapi muka masam je.

Pelamin yang simple dan cantik. 




Tuesday, September 9, 2014

Baru tahu: Follower dan bloglist

Saya ni memang jakun dan lambat sikit dalam bab2 yang kena explore ni. Jadi baru beberapa minggu lepas baru tahu yang kita boleh lumpsump letak blog yang kita follow sebagai bloglist kita. Kalau dulu asyik key in satu-satu list blog. Dan adalah blog yang tercicir dan tak tersenarai. 

Mungkin saya je yang belum tahu lagi. Tapi takpelah. Kata orang sharing is caring. Kepada yang belum tahu boleh lah follow step ni k. 

Langkah pertama seperti biasa pergi kat design > layout > add a gadget 


Nanti dia akan keluar senarai ni kan. Tekan Blog List


Klik Add a blog to your list


Taraaaa, dia akan keluar dua pilihan. Satu add by URL dan satu lagi blog I`m following. Jadi untuk senang, mudah, cepat dan tangkas boleh klik blog i`m following.

Kalau tak sesia je kita follow ramai orang tapi miss update diorang kan. Dengan cara ni kita tak payah lah lagi masukkan url satu-satu macam .,,,


Kalau kita klik pilihan ni. Nanti ada blog yang kita tercicir nak paste url kat sini. Okeylah selamat mencuba. Semoga bermanfaat. 



Monday, September 8, 2014

Tahniah husband

Haha! saja je ni masukkan kat sini. At least ingat lah kan bila dia naik pangkat. Ni dalam bulan lepas. Da lama amik gambar tapi duk dalam phone je. Ni baru dapat transfer. 

Muka bangga. Sabor je lah. Haha!

Sebenarnya saya tak familiar sangat dengan tentera-tentera ni. Apa job scope dia. Apa itu. Apa ini. Sebab takde geng nak gosip pasal ni. Kalau surirumah sepenuh masa boleh lah join surirumah lain borak-borak kat bawah petang-petang. Tapi husband saya tak setuju sangat. Sebab dia kata nanti tergossip pasal benda melalut-lalut pula. Kalau nak harapkan husband saya cerita panjang lebar memang taklah. Sikit-sikit tu adalah. 

Yang saya tahu serba sedikit. Dalam lain-lain pangkat ada:

Prebet
Lans Koperal
Koperal
Sarjan
Pegawai Waran 1
Pegawai Waran 2

Husband saya baru stage ketiga. Doa-doakan lah dia cepat naik untuk stage-stage yang seterusnya. Amin.. 

Friday, September 5, 2014

Musim Frozen

Saya bukanlah tahu sangat pasal kartun ni. Tak pernah pun tengok citer ni kat umah. Alih-alih masa nak beli beg raya untuk dhiya hari tu kat kedai tu ada dua pilihan. Satu gambar kartun muslimah pakai tudung dan satu lagi gambar Frozen. 

Mama: Dhiya amik yang ni k (sambil tunjuk gambar kartun muslimah tu)
Dhiya: Dhiya nak arigo mama.
Mama: Arigo?
Dhiya: Yang ni... (sambil tunjuk beg gambar frozen tu)

Masa tu saya langsung tak tahu apa arigo tu. Balik rumah lepas 2 3 hari. Tetiba masa buka laptop terkeluar pula gambar kartun tu. 

Dhiya: Mama, ni la arigo..
Mama: Ooooo..let it go ke? Hahaha baru tahu

Alkisahnya, bila tanya babysitter dia. Kat sana memang tiap-tiap hari layan frozen. Siap ada CD lagi. Patutlah. 

Ni gambar dhiya before raya hari tu. Tak sabar nak raya. Dalam rumah pun pakai beg ngan kasut. 


Akhirnya beli juga baju frozen lepas sekian lama dia mintak. Sebabnya rumah babysitter dia semua orang dah beli baju frozen ni. Dia je takde. Last two weeks kami jalan-jalan g JJ Balakong. Terlalu pula kedai kat tengah-tengah tu yang jual baju frozen ni. Dhiya langsung tak nak bergerak. Nak juga baju tu. Mula-mula suruh try je. Alih-alih taknak bukak. Nak terus pakai. Bertuah punya anak. Terbang lah rm45. Eh! mahal ke tak ek? Sebab tak tahu market price dia berapa. Dah anak beria nak. Kena beli juga. Gambar atas tu masa on da way balik dari JJ. Kemain gembira. Dengan baju tak basuhnya.