Husband tak balik malam ni sebab tu lah saya tak tido lagi. My cute little baby da tido. Kemain susah nak tido. Asyik papa papa papa aje. Mama sangat jarang nak sebut. Herm, malam ni nak citer pasal apa? Husband no no no. Not in the mood mahu story mory pasal dia.
K lah kita citer pasal kenangan masa kecik2 dulu. Boring? Layan kan ajerrrrr~~~~
Saya bersekolah seawal usia 5 tahun. Sebab musabab nya saya yang nak sangat ke sekolah. Saya masa kecik adalah budak yang suka tiru apa orang besar buat. Even saya boleh baca paper masa tadika lagi. Satu pencapaian yang membanggakan bagi budak kecik.
Nak dijadikan cerita saya tertengok makcik saya baca paper. Nampak macam sangat interesting. Tapi bila saya amik dan tengok takde pape yang menarik melainkan tulisan2 yang saya tak tahu apa maksudnya. Maka bermulalah episod sedih. Sampai saya sanggup bawa balik paper tu ke rumah sambil nangis2 sebab tak dapat baca macam makcik saya baca. Mak saya pun naik heran, nape lah budak ni beria sangat nak baca paper sedangkan masuk sekolah pun belum.
Esoknya saya bawa pulak paper tu pergi rumah makcik dengan harapan dia nak ajar saya. Ye jangan terkejut sebab dia ajar saya. Tapi bukan ajar mengeja sebenarnya tapi ajar kenal huruf. Ye lah kan. Macam mana nak baca kalau huruf pun tak kenal. Makanya dia cakap lah kalau huruf macam ni apa. Macam ni apa. maksudnya saya tak belajar a b c d e f dan seterusnya tapi belajar huruf ikut perkataan kat paper tu.
Okay, lepas da kenal huruf dia ajar pulak b a tu ba, c a tu ca, b u tu bu, k u tu ku. Akhirnya saya boleh baca paper tersebut secara mengeja tanpa paham pun maksud apa yang saya baca. Lenguh tau mengeja saja. Bukan membaca.
Balik umah terus mengamuk kat ayah nak masuk sekolah pulak. Dengan harapan saya boleh baca paper tu sebagaimana makcik saya baca.
Walaupun masa tu da start sebenarnya sesi pembelajaran untuk tahun itu tetapi ayah terpaksa jugak daftar saya ke sekolah sebab saya nangis2 nak g sekolah. Sungguh rajin kau budak =P Masa tu kan saya baru 5 tahun, ayah saya rancang nak hantar sekolah masa 6 tahun. Tapi disebabkan tak menyempat. Makanya student life saya bermula seawal 5 tahun lagi.
Ok till then.,.,babai =)
No comments:
Post a Comment