Jika saya ada handphone canggih2 sudah tentu saya akan tulis cerita ini semasa saya stuck dalam kesesakan lalu lintas yang melampau tetiap pagi. bayangkan dari umah ke UM yang hanya jaraknya 13km mengambil masa selama sejam. kalau worst case mahu sejam setengah ke 2 jam. Kalau biasa2 masa tak jammed 15 minit da boleh sampai sebenarnya. Banyak beza kan??
Buktinya ada pada gambar di atas. Gambar adalah hasil carian google. Sebab itu lah setiap kali jammed saya terfikir kalau update blog mahu dua 3 entri boleh siap ni. Huhuhu!
selain dengar JoHaRa pagi ERA tiada apa yang boleh saya buat. Nasib baik lah kadang2 diorang tu lucu2 jugak. Kalau tak memang boring tahap maksima.
Kawan cakap ada alternative tapi bayar tol rm1.60. Kalau difikirakan apa lah sangat rm1.60 jika dibandingkan dengan terperangkap selama 1 jam macam orang budus kan. Wiken ni saya bertekad untuk pergi ngan husband tengok jalan yang lalu tol tu. Kalau nak gi sorang2 takut sesat plak. Then baru lh saya berani nak pergi sorang2 hari isnin ni.
Saya tak tahu sebab utama kenapa jalan jammed. tapi mungkin boleh dikatakan disebabkan oleh perkara2 yang bakal di nyatakan di bawah:
1. Majoriti rakyat malaysia hanya akan menaiki kenderaan sorang sahaja bila pergi kerja. Ini berdasarkan pemerhatian saya setiap hari. Paling ramai pun dua orang. Sangat jarang nak naik sampai 4 atau 5 orang. Saya pun naik seorang diri sahaja sedangakan space ada lagi untuk tiga orang. Dulu2 pernah ada kempen kongsi kereta. Tapi kempen itu macam dipandang sepi. Mungkin jugak sebab tak berapa praktikal. Sebab setiap orang bukan dari tempat yang sama walaupun kerja kat tempat yang sama. Kalau sekali pun kerja tempat yang sama masa balik mungkin berbeza. Atau pun masa on da way balik yang tu nak singgah mana2 manakala yang sorang lagi tidak mahu.
2. Jika di lihat dari gambar di bawah perbezaan space contoh antara 40 orang menaiki kereta dengan menaiki bas dan basikal. Kalau sume orang nak naik basikal macam tak berapa nak sampai je. Huhuhu! 13km jauh jugak. Kalau pun naik motor saya masih takut sebab ada kejadian yang tak diingini berlaku suatu ketika dulu.
credit gambar to google
3. Mungkin jugak rakyat malaysia majoriti mampu memiliki kereta. daripada sekecik2 kereta kepada sebesar2 kereta. dari segi sikap pulak. no offense ye. berdasarkan pengalaman ye. kereta besar2 lagi freely give space kalau kita nak potong compare ngan yang pakai kete biasa2 ni. Mungkin yang pakai kete besar2 tu dia da agak berumur so dia kind sket nak bagi space kat pompuan yang terhegeh2 bawak kete ni kan. Atau mungkin jugak dia takut kete dia dilanggar atau dicalarkan jadi lebih baiknya dia bagi je. Tak tahu lah kalau ada kemungkinan2 yang lain lagi kan.
4. Ataupun disebabkan tiada kemudahan awam contohnya dari bahagian2 sungai besi ni ke PJ terus. Saya pernah menaiki kemudahan awam dari umah ke UM atas sebab2 tertentu. Dari umah ke stesen LRT tasik selatan naik teksi. rm1.50. Naik LRT ke masjid jamek rm1.70. Dari masjid jamek naik putra ke universiti rm2.00 kalau tak silap. Dari stesen universiti ke UM naik bas rm1.00. Cuba kira, sudah rm6.20 bukan. Tu baru one way bukan two way lagi. Kalau hari2 naik kemudahan awam mahu kopak saya. Walaupun approximate time hanya 45 minit je. Kenapa tak naik komuter g mid valley. Komuter tahu2 je lah kan, masa kadang2 delay. Padat yang amat. Yang pasti sangat tak suka naik komuter. So, sebagaimana yang saya rasa begitu jugak lah apa yang orang lain rasa. Sebab itu lah kemudahan awam ini tidak menjadi pilihan kot.
5. Atau mungkin jugak struktur jalan yang tak berapa seswai untuk menampung trafic yang banyak. contoh terdekat adalah jalan ini.
daripada lebuhraya hubungan timur barat nak masuk federal, jalan daripada 3 lane jadi 2 lane. walaumacam mana sekali pun kenderaan kena slow kat sini. bila da sebuah slow yang belakang akan slow yang lagi belakang2 jugak kena slow. maka jammed lah jalannya. tambah pulak kat depan ada kenderaan dari klang lama pulak nak masuk federal kat situ. double trible slow pulak.
kadang2 kita kemain jem dari LRH masuk2 federal je takde pape pun. tak syak lagi memang jalan yang nak exit tu lah punca dia. alangkan indahnya kalau buat flyover kat situ keluar2 je dah UM. hahaha over! tak lah sekurang2 buat jalan biar kenderaan tak payah slow kat situ. maaf! ini sekadar pendapat sebab saya bukan civil eng yang buat jalan. tapi civil eng yang buat membrane. ada kaitan ke? ade kot =)
2 comments:
panjangnya entry die,,,suke baca...teruskan berkarya!
hehe, saya bila ada idea entri mesti panjang. klau tak letak gambar je
Post a Comment