Semua pembaca blog saya mesti sedia maklumkan yang saya sekarang mula berjinak2 dengan berniaga secara online ni. Sebenarnya da lama mahu menglibatkan diri tapi asyik pending je sehingga lah saya terjumpa produk yang saya sangat jatuh cinta dengannya baru lah saya yakin untuk involve.
Akan tetapi biasalah berniaga mesti ada pasang surutnya, di kala saya rasa down, malas nak promote2 tetiba dapat inbox kat FB atau mesej kat phone ada orang nak order barang. Wah, kembang semangkuk.
Then, semangat2 balik sampai satu tahap pulak macam tak semangat. dan di kala2 tak semangat tu ada orang order pulak. Alhamdullillah Ya Allah atas rezeki kurniaanMu dan atas gerak hati yang kau berikan untuk aku teruskan usaha yang baru bermula ini. Aminnnn...
Ye lah kadang2 terfikir juga aku asyik2 promote ni ada orang tak suka pulak. tapi tangan ni kadang2 sangat gatal untuk promote jugak. Hari tu dapat PM dari peminat tupperware, "akak rajin2 lah post kat wall, kalau saya berkenan saya order" wa makin semangat jadinya. Kepada kawan2 yang home nye penuh ngan gambar tupperware saya maaf ye.
Semoga saya tidak hangat2 taik ayam..=) chaiyok2 ANIS!!!
No comments:
Post a Comment