Maaf, ini entri ke-3 untuk malam ini. biasalah ketika idea tengah mencurah2 kena terus tulis. kalau tak mahu seminggu tak berupdate.
dulu masa first time nak beli barang keperluan harian saya tertanya2 macam mana mak saya tahu harga kicap ni lebih 50sen dari kedai sebelah dan sayur ni biasanya harga 50sen je tapi dijual rm1 seikat. tertanya2 macam mana mak saya hafal dengan sebegitu banyak list barang yang ada kat tangan.
semua tu takde dalam buku rujukan, tidak di ajar di bangku sekolah mahupun di dalam bilik kuliah masa di universiti. sekarang saya sudah tahu semua itu boleh dapat dari pengalaman. walaupun pengalaman saya hanyalah sedikit untuk dibanggakan tapi mahu juga nak share di sini.
masa pertama kali shopping mahu ke supermarket yang besar2 saja. jadi kami ke pasaraya G. alamak tak sampai separuh troli sudah rm80+++
next time try pula pasaraya T, oke sikit harga dia. tapi biasanya beli mesti more than hundred untuk barang yang agak2 penuh troli. barang keperluan harian. kadangkala ke C juga. but still rasa macam C pun sama je.
tetapi bila kat tempat kami dibuka pasaraya hero. saya merasakan harga di pasaraya hero jauh lebih murah berbanding T and G. jadi setiap kali mahu beli barang keperluan harian kami ke hero sahaja. tapi one fine day, husband ajak pergi ke T lagi sambil nak beli barang lain. As expected, in total memang agak berbeza sikit compared to membeli benda yang sama di hero.
kadangkala ada juga ke 99speedmart sebab susu ngan pamper harga lagi oke kat situ tapi tak semua barang ada. jadi ke hero juga walaubagaimanapun.
kenapa saya concern sangat? sebab kita sekali membeli bukan satu dua item. kadang2 sampai 10 items. kalau satu barang boleh save dalam rm70 average sudah jimat rm7 bukan. kalau beli more than 10 items.. banyak lagi bulih save. then boleh lah beli keperluan lain lagi
sebagai contoh:
sebotol pencuci pinggan
kedai A, rm7.90 bila offer baru dapat rm5.90, tu pun barang limited
tapi kedai B, setiap hari pun rm5.90....
nak g kedai mana?
nak tunggu offer dulu then g kedai A atau pun bila2 pun boleh g kedai b.
dan kena tahu juga kedai A offernya barang tu je. barang lain harga sama je dengan hari2 lain
u got what i mean. harap2nya clear. ....
disclaimer: sy bukan duta hero atau 99speedmart. just base on experience
No comments:
Post a Comment