Menjadi lurus bendul bukanlah pinta saya. tapi ia terjadi dengan sendiri. ye, diri saya ini lurus bendul. sebab tu lah bila ada seseorang mahu rapat dengan saya especially kawan saya terus terang cakap saya lurus bendul dan jangan take advantage atas kelemahan saya ini. terpulang pada budi bicara mereka mahu aniayai atau tidak.
banyak sebab saya lurus bendul. mungkin
1. senang sangat letak kepercayaan pada orang
2. sukar untuk membezakan antara perkara itu benar atau lawak semata
3. sukar paham bahasa kiasan
4. kurang bergaul dengan golongan veteren. jadi tak faham bahasa kiasan mereka
ini ceritanya:
masa hari raya aidilfitri hari tu. ada sorang sedara dari KL tumpang rumah kami. maksud saya balik beraya di rumah kami lah kat kampung. semua satu family memang free hair. tapi pagi raya tu eloooooook je semua anak beranak dia bertudung litup.
bila da petang diorang mahu ke rumah sanak saudara yang lain pula.
saya da tengok satu family da tak bertudung. oke finelah kan kalau diorang da bukak tudung sebab memang diorang free hair.
then mak dia pun tetiba cakap, situasi ada ramai sanak saudara yang lain tengah duk salam ngan diorang sebab kan diorang dah nak gerak ke rumah orang lain.
"da tak pakai tudung dahhhhh sebab tudung tersangkut di dahan rambutan tadi"
hahahahaha! apa maksudnya tu.
and me yang lurus bendul ini terus tanpa teragak2 tanya
" koyak teruk ke?" wakakakakaka semua orang yang ada kat situ gelakkan i. makcik tadi tersipu2 lalu berlalu dari situ.
ya ampuuuuuuuun makcik saya bukan nak malukan makcik. cuma dalam hati saya sangat tulus. mungkin tudung da koyak sebab makcik da tak pakai tudung.
walhal saje je dia berkias sebab memang dia dah tak nak pakai.
paham ke tidak? hopefully korang sume paham....
notakaki: my husband bila teringat cerita tu terus gelakkan i. moga kejadian begini tidak berulang lagi.
No comments:
Post a Comment