Walaupun hari tu ada saya tulis pasal bisnes tudung yang macam berapa tak menjadi. sekarang perasaan saya membuak2 untuk menceburkan diri dalam bisnes lain pula.
Kali ini saya akan survey sebanyak mungkin dulu. baru lah buat keputusan dan mulakan perniagaan. Insha Allah perniagaan baru ini akan bermula awal tahun depan.
Tujuan saya berniaga bukanlah untuk menjadi kaya raya. cukuplah sekadar mendapat duit sampingan daripada yang ada sekarang. sekurang2 nya kalau saya rasa nak beli baju, seluar atau skirt baru saya akan tak teragak2 untuk membelinya.
Sebab kedua saya tak mahu lagi bila nak beli apa2 kena tunggu gaji. sangat sinonim bukan. apa2 je gaji apa2 je gaji. yang sebenarnya kita boleh melakukan sesuatu untuk mengubahnya.
dan perniagaan ini bukan lah MLM just perniagaan biasa sahaja yang mana saya berharap ia akan dapat dijalankan dengan jayanya. Insha Allah.
Tujuan ketiga, hopefully dengan menjalankan perniagaan ini saya akan kosisten dalam menyimpan duit yang mana sekarang kalau ada baru simpan. klau takde tak simpanlah.
Okay. itu dulu untuk setakat ini. doa yang baik2 saja k =)
No comments:
Post a Comment