Apa sebab saya jual tupperware? sebab saya minat sangat dengan pelbagai jenis tupperware. saya jual pun sebab saya suka. suka tengok, suka beli, dan apa salahnya suka jualkan. kualitinya usah dipertikaikan lagi sebab kebanyakkan orang tahu tupperware ni very good quality brand. so, sampai sekarang masih jual lagi. tapi disebabkan part time je jualnya kadangkala mood ada up and down. masa up gigih mempromosikan segala jenis tupperware yang ada. masa penyakit m datang mula lah terperok sume tu dalam bilik. huhuuhu!
alkisahnya hari tu saya excited sangat nak kembangkan perniagaan. nak jual tudung pula. maka saya godek2 fb then terus setuju beli borong ngan sorang seller tu.
tudung tu bukan branded nye tudung sebab saya nak jual tudung biasa2 je yang sume orang mampu beli.
tapi masalah saya sekarang ni:
1. after doing more surveys tudung tu boleh dapat dengan harga jauh lebih murah lagi kalau beli borong.
2. saya tak pernah try, tapi tadi ingat nak pakai satu. rupa2nya tudung tu singkat belakang. really don't know how it happened. tapi lepas tahu saya rasa tak sanggup nak jual tudung tu pada orang lain. nak pakai sendiri pun entahlah. mungkin bagi budak2 pakai boleh kot.
So, moral of the story. nak buat apa2 jangan excited sangat. kalau rasa excited tarik nafas dalam2. buat research dulu. amboi research bagai...hik hik hik ini serious. itu sume perlu. kalau tak kita juga yang rugi. modal bukan puluh2 tapi ratus2.. huhuhuhu
hopefully till will never happened again. insyaAllah
tapi biasalah pengalaman mendewasakan kita. tanpa pengalaman takde lah kita seperti kita hari ini
1 comment:
till tu it malas nak edit balik
Post a Comment