Saturday, November 30, 2013

Bila husband takde kat rumah

Kipas dalam bilik ni no 1 je sejak 2 minggu lepas. Kalau dia ada pasang no 3 sebab kena in between. saya tak suka sejuk dia tak suka panas. 

Sebenarnya kisah ini panjang. Tapi saya pendekkan. 

Masa saya kecik2 sampailah besar sampai lah sebelum saya kawen rumah kami takde kipas. kipas syiling takde kipas bawah pun takde. sebenarnya saya pun tak realize benda ni.. tapi since saya tak tahan sejuk kan husband pun tiba2 tertanya

"eh, kipas kat umah awak tu kita beli pas kawen kan?"
"ha a"
"maknanya sebelum ni rumah awak takde kipas lah"
"ha a la umah saya tak pernah ada kipas pun"
"macam mana uolsss...(bukan uollss sebenarnya, saja sedapkan ayat) tak panas ke?"
"entahlah, mungkin kami orang dah biasa kot berpanas kat umah tu"

dulu ingat lagi bilik saya kecikkkkk je. dalam bilik tu lah saya membesar dengan jayanya. sebab dulu saya SANGAT pemalu. memang tahap yang tak cakap ngan orang tu. kalau sedara mara datang part yang nak balik 10 minit tu baru saya keluar tunjuk muka salam2 masuk bilik. 

jadi banyak lah masa saya dalam bilik tu. saya juga punya tabiat buruk dulu2. suka tidur bangunn lambat. bukan lambat sebarang lambat. kul 2pm baru saya bangun yang malam tadi tidur punya. bangun sembahyang subuh kejap pastu tido balik. 

mak saya pula jenis yang bukan pemarah dan pembebel. susah kami nak dengar dia marah atau bebel. lebih kurang reverse psychology lah (eh betul ke eja ni, malas pula nak google),..jadi dia tak pernah marah saya bangun lambat ke apa ke. yang pasti bila saya bangun mesti ada 2 biji kuih atas meja. untuk saya lah tu sebabnya saya suka makan kuih pagi2..eh tengah hari. i mean lepas bangun tido sy tak bape suka terus makan nasi. makan kuih dulu. minum air dlu. pastu baru leh makan nasi ke apa. haha! dah la bangun lambat banyak cekadak pula. nasib mak saya baiiikkkkkkk sangat. 

satu hari saya tanya mak saya. kenapa dia tak marah saya bangun lambat. dia cakap, biarlah kalau dah mengantuk tidur je lah. bila dah tak mengantuk bangun. tak tahu lah orang lain. bagi saya jawapan tu sangat menusuk kalbu. jadi lepas tu saya pun dah tak bangun lambat lagi dah. lagi2 sekarang ni. bangun lambat sikit terus sakit kepala lah apa lah dulu2 tak pun....

maaflah cerita yang pendek pada asalnya dah jadi panjang...

berbalik kepada cerita kipas tadi, tak panas ke saya tidur dalam bilik sampai ke siang. entahlah. masa tu macam leh terima je. bila bangun tidu badan berpeluh2 macam lari marathon aje. tapi tetap boleh terima. malah rasa best pula ngan situasi tu. cuba sekarang ni macam tu. huhu!

pastu lepas kawen, memandangkan suami saya tak tahan panas. bukan suami saya je rasanya sapa2 pun memang tak tahan panas except family saya je lah kot. kami pun beli lah kipas untuk letak kat kampung satu.

dan saya rasa disebabkan itu kot saya selalu sakit dada bila suasana sejuk sangat. da banyak kali g cek doktor, doktor cakap otot dada saya ni cramp sebab saya alah pada sejuk. means tak leh sejuk sangat. kalau tidur kipas takleh direct atas dada. mandi takleh lewat malam. malah aircond dalam kete pun saya takleh kena direct. hawa2 je leh lah. sejuk sangat yang dimaksudkan tu bukanlah sejuk melampau cuma bagi orang lain biasa tapi bagi saya pula dah takleh. 

p/s: rumah yang saya citer ni bukan rumah yang homestay tu. ni rumah yang kitorang duduk sejak saya darjah 2. 


gambar ini adalah iklan, dengan caption
" jom amalkan gaya hidup sihat dengan tupperware" =)

Friday, November 29, 2013

Bartabahlah!

Haha! tak tahulah entri ada kaitan ke tak dengan tajuk. Tapi yang pasti sejak papa dhiya amani g kursus banyak jadual dah berubah...

biasanya bila papa mama balik kerja mulalah fikir nak mngukur jalan g hero lah g speedmart lah pas balik konon tak sempat masak singgah makan kedai. yang gembira dhiya amani sebab leh jalan2... 

masa awal2 papa kursus adalah sekali dhiya amani ajak g jalan2..sekarang dah tak ajak. okela tu. mama bukannya suka drive kalau diluar waktu kerja. mama drive bila terpaksa sahaja. 

Dan diet ni pun mampu bertahan masuk hari ke4 ni sebab papa kursus lah. hari tu dah start tapi gagal di hari kedua malam. Tahu sebab apa. Malam tu masak2...

"pa, tak nak makanlah"
"jomlah temannn tak selera"
"tak nak lah"
"jomlahhhh"

makanya terussss ke dapur amik pinggan makan siap bertambah. see diet dah ke mana. 

esoknya. 

"ma jom makan bihun sup kat tempat biasa"
"taknaklah"
"jomlah nanti menyesal"
"okeeee"

hahaha!. walaubagaimanapun dia bukanlah sebab utama saya takleh berdiet cumanya tak tahan dugaan. bayangkan orang makan sedap2 kita telan air liur sajo. ini pun harapnya mampu lah bertahan untuk 2 minggu lagi. tengok result macam mana. ada perubahan ke tak.

p/s: dialog telah mengalami pengubahan struktur ayat sikit sebanyak mengikut kesesuaian untuk ditempek di sini =P

Thursday, November 28, 2013

Cuti Sekolah, Kenduri Kawen & Homestay di Machang, Kelantan

Sempena cuti sekolah ni belum up lagi entri homestay. kepada yang berminat kami ada menyediakan homestay di machang. sangat dekat dengan UiTM machang. Biasanya selalu disewa oleh ibu bapa yang nak hantar anak ke UiTM. untuk sebab2 lain pun boleh =)
___________________________________

Homestay ini terletak di Kg. Sungai Mas, Machang, Kelantan

rumah luas sesuai untuk rombongan kenduri

5 minit perjalanan ke UiTM Machang
10 minit ke bandar Machang
20 minit ke Tanah Merah
30 minit ke Kota Baru
20 minit ke Pasir Puteh
30 minit ke Kuala Krai


pandangan hadapan rumah


juga pandangan hadapan rumah



pandangan bilik dari ruang tamu



meja makan di ruang tamu

juga terdapat meja makan di dapur


TV disediakan di ruang tamu



bilik tidur pertama
dilengkapi katil
aircond


meja solek dalam bilik pertama



bilik kedua
dilengkapi kipas angin
dilengkapi katil



bilik ketiga

tiada katil (UPDATE: bilik ini sudah disediakan katil)
*gambar katil akan diupdate kemudian

ada kipas angin

kemudahan lain:

dapur untuk memasak
peti ais
parking kereta yang luas
berdekatan jalan besar



map untuk ke homestay.
ini homestay pertama
untuk homestay ke dua kat bawah k

rate = rm200 sehari
deposit rm100 tanda booking.
keutamaan keberikan kepada yang bagi deposit
check in 12 tengah hari - check out 12 tengah hari keesokan harinya

boleh contact
cikgu rosdi - 014-5128561
anis/eira - 019-9885546

________________________________________________


Homestay ini terletak di Taman Sri Intan, Machang, Kelantan.

Rujuk peta di bawah untuk lebih jelas

rumah teres
sesuai untuk keluarga kecil
3 bilik
1 bilik air

5 minit perjalanan ke bandar machang
15 minit ke UiTM machang
20 minit ke tanah merah
30 minit ke pasir puteh
30 minit ke kuala krai
30 minit ke kota bharu



sofa di ruang tamu


TV di ruang tamu



meja makan di dapur


peti sejuk di dapur



sinki
dapur untuk memasak turut disediakan



pandangan dapur dari ruang tamu



bilik pertama
dilengkapi air cond




bilik kedua
dilengkapi kipas

bilik ketiga
disediakan tilam






ini adalah homestay kedua
rujuk map di atas untuk mengetahui kedudukan homestay ini

rate = rm200 sehari
deposit rm100 tanda booking.
keutamaan keberikan kepada yang bagi deposit
check in 12 tengah hari - check out 12 tengah hari keesokan harinya

boleh contact
cikgu rosdi - 014-5128561
anis/eira - 019-9885546




Wednesday, November 27, 2013

Shake 'n Take

Hehe, sempena ikut program diet ni. Mungkin shake n take ni akan jadi teman baik saya. Sebenarnya dia macam blender je. cumanya saiznya kecik sikit dan ada tempat minum siap2 jadi lepas dah blend tak payah transfer dalam gelas dah. 

Biasalah benda baru dapatkan jadi semangat lah beli buah2 untuk diblend. Bagi yang nak diet tapi suka makan, buah sesuai sangat sebab buah walaupun nampak besar tapi kalori dia tak banyak sangat. Contoh sebiji epal hijau saiz medium kalori hanya plus minus 40kcal saja. 


Untuk smoothie kat bawah ni saya guna kurma, dragon fruit ngan fresh milk yang kotak tu. Nanti saya kirakan kalorinya k =)

2 biji kurma = 62 kcal
100ml milk = 63 kcal
100g dragon fruit = 36 kcal 

total kalori dalam smoothie ni 161kcal. 


blend2, siappp..


Boleh minum terus guna botol ini. pastu jangan lupa terus basuh sebab ada kawan cakap dia pakai benda ni pastu lambat basuh, mata blender tu jadi berkarat dan tak boleh guna dah. sayang kalau pakai sekali dua pastu dah tak boleh guna sebab tak murah juga lah beli ni kan. walaupun tak sampai rm100 tetap rugi juga. 


Hari tu saya ada try dengan pisang, tapi pisang macam muak sikit sebab bila dah diblend tahap ketepuan dia lebih sikit kalau nk banding ngan buah lain. saya lagi prefer dragon fruit ni ngan epal. nanti nak cuba buah lain pula. mangga ke. lai ke. 

semoga saya istiqamah.. InsyaAllah. 

Tuesday, November 26, 2013

Anis diet

Dengan penuh keinsafan saya godek balik almari dan mengeluarkan diari diet yang tak terusik yang dibeli suatu waktu dahulu. diari diet ini sangat berguna untuk yang ingin diet secara semulajadi. tak amik pape suplement. saya bagi diri saya sebulan untuk follow diari diet ini. hopefully ada lah dia punya outcome. yang penting kena istiqamah. 

Kalau kalian mahu dapatkan diari diet ini boleh lah dapatkan dengan klik link di bawah gambar k. gambar ni pun saya amik dari sana. sebab lupa nak snap tadi.



basically, teorinya senang saja. 

untuk badan mantain
tenaga masuk = tenaga keluar

untuk naik berat badan
tenaga masuk > tenaga keluar

untuk turun berat badan
tenaga masuk < tenaga keluar

bagi saya personally rule untuk naik berat badan tu yang saya paling senang nak follow sebabnya makan banyaaaak saya suka. kalau nak kurus kena control kalori intake. 


dan masa balik kerja tadi saya singgah kat farmasi untuk beli alat penimbang ini. Ini sebenarnya alat penimbang saya yang pertama sebab sebelum ni saya tak pernah guna pun. seperti yang sedia maklum berat saya sudah 65kg. mungkin saya akan tengok progress weekly. kalau daily takut fluctuate pulak kan. 

control makan

yer hari ni saya berjaya control makan. saya kena kira kalori yang saya amik supaya tak tersasar dari jumlah yang boleh amik. mula2 ni memang payah sebab perut bak tong drum. kalau ada rongga sikit rasa macam nak sumbat2 je. tapi kena tahan juga demi untuk dapatkan berat ideal seterusnya ke arah hidup yang lebih sihat. tak sihat juga kan kalau overweight ni. okes nak kira BMI kejap. 

okes dah dapat. BMI sekarang 27.41. kiranya dah masuk kategori pre-obese. tatuttt... korang boleh check korang punya kat sini k LINK 

Oh macam menarik pula. Jumpa link untuk check BMI body fat kat sini LINK saya punya 33.7. obese sudah... 

Satu lagi leh cek juga daily calorie need LINK. okelah calori yang saya perlukan sehari ialah 1843 kcal/day. Nak makan apa je ni? hehe! chaiyok2 anis...!!

okelah itu je dulu semoga saya berjaya dalam diet ni. dan pastikan angka 60 menghampiri garisan merah penimbang itu. Aminnn..InsyaAllah.  






Monday, November 25, 2013

Sebenarnya kami balik kg

Huhuhu!. memang last minute planning. kami (me & dhiya amani) naik bas rabu malam. beli tiket pun on da spot. nasib baik en suami bagi balik. dan nasib baik juga dhiya amani baiikk je naik bas. 

sebenarnya ni kali ke2 bawa dhiya balik kg ngan bas. ini kes papa kena keje dan mama mengediks nak balik kebetulan kawan kawen boleh lah pergi masa alang2 balik. 

bila balik kg terubat sikit lah duka laranya sebab ada family besar di kampung. kebetulan adik2 sume balik. saya ada 4 orang je adik beradik. kalau belah husband 4 tu belum sampai separuh lagi sebab adik beradik dia sume 9. 

dan yang palingggg tak leh terima masa balik kg ada timbang berat 65kg sudahhhh. di mana silapnya? tak silap mana2 sebenarnya cuma makan je banyak. sapa suh makan banyak. plan diet macam2. beli diari diet lah. beli shake n take lah, beli shaklee lah kalau takde disiplin memang tak kemana. tak tahu lah bila nak berusaha bersungguh2 ni. dan semestinya takleh cecah 70kg kalau tak confirm gemuk gedempol. 

Tuesday, November 19, 2013

28 days and counting

Sebenarnya sekarang husband takde kat umah, dia kene g kursus sebulan. husband saya kerjanya tentera. Kalau ikutkan dia dengan tentera2 lain dia oke sikit lah. jaaaarang2 sekali baru kena g kursus. kalau tentera lain saya ni nak klasifikasi diorang ni askar melayu ke tentera ni ke tentera tu ke tak reti sangat. hehe! tapi tahu lah ada yang kena masuk utan. ada yang kena g sabah. ada yang kena g lubnan. ada yang kena g mana2.  

tahun lepas dia dah pernah kena kursus selama 6 bulan. tapi yang tu tak terasa sangat sebab dia boleh balik hari. macam keeeejap je 6 bulan tu. kali ni dia takleh balik sebab course sampai kul 3 pagi pun ada. sehari bercakap sekali je kat phone. masa dia sibuk saya free, masa saya free dia sibuk. 

maka dari petang ke malam melayan dhiya amanilah kerjanya. tapi sekarang dhiya amani dah tidur. mama pun tangkap jiwanglah sorang2. orang kata kalau duk jauh baru lah rindu kan? keluar abes kebaikkan yang dia buat selama ni. kalau dia ada asyik gaduh je (read: gaduh2 manja...haha!). sebenarnya dia suka menyakat. kalau dia tak sakat saya dia sakat dhiya amani. dhiya amani pula jenis senang nanges. maka tak tenteram betul rumah ni. mama pula cintakan keamanan kononya. taaaapi sekarang terlebih aaaaman pula. 

dalam hati mengharap dia balik buat surprise. wakaka! tapi tak lah kot. dia sibuuuukk. nak call pun tak sempat. apatah lagi nak balik. sebulan tu sekejap je anis. 

oh dia kursus kat KL ni juga. tak jauh pun. dekat je. !! harapan saya semoga sebulan ini berlalu dengan jayanya. bertabahlah!







Monday, November 18, 2013

Budak nak g sekolah

Ni gambar dhiya amani sempena hantar borang nak g sekolah. Muka masam tak leh blah. Dah suh senyum tetap masaaaam je. tapi kira nasib baik sebab dia tak nanges. Tu pun tokey kedai tu terpaksa snap banyak kali sebab nak dapatkan gambar yang paling cantik. dannnn...yang ni lah yang paling cantik tu. 


alkisahnya hari tu kitorang terrrrlepas cakap dan tunjukkan lah dia sekolah kat2 rumah ni. ntah macam mana dia terus recognize kalau bangunan lebih kurang macam tu kira sekolah lah tu. abes sume sekolah yang dia tengok dia kata sekolah dia. so, mama papa iakan aje. 

klimaksnya hari tu papa ngan mama bergilir cuti. mama keje weekdays, papa keje weekend. jadi macam seminggu tak hantar dhiya ke rumah babysitter. alih2 masa nak hantar tu tak nak g rumah bs. tapi nak g sekolah. makkkk aih. baru 2 tahun setengah nak g sekolah dah. mama dolu2 umur 5 tahun baru sekolah. 

tapi biasalah mak pak dia excited juga bila dengar anak macam minat je kan nak g sekolah. teruslah mencari2 tadika yang cam best sikit kan. kat2 area sini ada lah little caliph. so masuklah kami bertanya serba sikit. tapiiii 

a) pendaftaran untuk tahun depan sudah ditutup sebab dah full. menurut pengetua kat situ seorang cikgu ada had anak murid yang dia kena ada. so, memang takleh. biasa klu untuk next year punya sessi bulan 10 dah kena daftar. 

b) budak 3 tahun dia tak amik. start 4 tahun baru boleh. tulah sapa suh kecik2 nak sekolah. ekekeke!

dannn....yuran bleh tahan. untuk sampai tengah hari rm250. kalau full day rm380. tapi exact waktu dia da lupa...untuk registration awal tahun dalam rm1k plus2. sooo, kalau dhiya amani nak belajar little caliph nanti2 mama papa memang kena simpan duit mula dari sekaranglah. 

Tapi kalau ikut2, sekarang bayar pengasuh pun dah rm250. Macam tambah sikit je kan. Ke banyak? ngeh2..

kalau nak tahu lagi pasal little caliph ni boleh lah ke link2 di bawah ni k 


atau google saje.. 

walaubagaimanapun masalah belum selesai...tinggg! tetiba dapat idea. teringat tadika permata negara. lepas discuss2 ngan papa ke permata negara lah kita. jumpa cikgu sume amik borang. cumanya permata negara ni  syarat dia macam ketat sikit. 

a) datang kul 7am balik kul 5.30pm takleh lebih. sebab lepas 5.30pm cikgu dah nak balik

b) mak/pak kena hadirkan diri ke sekolah selama 4 jam sebulan. dalam erti kata lain sejam seminggu. kalau tak anak leh kena terminate. 

cumaaaaanyaaa yuran rm50 sajo sebulan... mungkin sebab subsidi kerajaan kot.. 

jadinya borang ke permata negara dah dihantar tunggu dia panggil je nanti. tapi base on kekosongan lah. kalau ada budak keluar baru dia panggil which is tak tahu bila. 

harapnya budak yang nak sekolah tu tak nanges bila dah dihantar ke sekolah. dah janji siap2 ngan bs dhiya, kalau dhiya nanges ke tak tahan ngan sekolah tu nanti akan hantar balik umah bs tu. dia oke je.. alhamdullilah. 


Saturday, November 16, 2013

Sarah & Hajar

Tengah tengok citer tv3 ni. Husband dia kawen dua dan semua duk serumah. Very sensitif kalau bab2 macam ni. Pernah tengok komen kat fb, wanita memang tak pernah sependapat dalam banyak hal, tapi bila sampai bab ni mesti wanita akan sependapat. ada betulnya jugak. 

Saya memang salute wanita yang bukan sahaja leh berkongsi tapi duk sebumbung. Dulu ingat lagi masa tengok citer ayat2 cinta. Banyak kali juga duk ulang tengok tapi setiap kali tengok mesti nanges teresak2 sangat. memang ratu air mata habes. 


Friday, November 15, 2013

If you register for your master study

You must prepare:

1. To sleep late at night, bila esok bangun mata macam panda..
2. To think out of the box which is macam nak pecah kepala dah ni rasanya
3. To concern about very small thing ..like report formatting. headache2!!..
4. To fluent in English both speaking or writing if not you are in trouble.
5. To always rushing for something which is sometimes you also don't know why..

Semoga ada hikmah di sebalik sume ni.
Dear Allah please give me strength

Tuesday, November 12, 2013

Blogwalking

Lately suka blogwalking. and i meet a lot of new friends... hehehe!.

Dann.!! kadang2 seseorang itu sangat lucky sebab mereka ada skill menulis yang hebat. Today I found new blog. And very exciting to read. Promise you won't regret.

maribergebang

Sunday, November 10, 2013

Demam

Sekarang ni musim demam agaknya. Dhiya Amani demam sejak kamis lepas. sudah g klinik dan makin baik dah. cumanya ada batuk ngan selesema je lagi. Mama pula start semalam demam macam sakit2 urat. demam urat ke demam apa tak tahu. badan tak panas sangat cuma penat dan tido je. hari ni baru leh bangun buat apa yang patut. esok hopefully sume back to normal sebab mama kena g uni. ada keje kena siapkan..

Bila dhiya amani demam mama super duper risau. masa kamis tu terpergi klinik dua kali sebab cuak suhu badan tak turun. alhamdullilah esoknya da turun banyak. malam2 kalau dia panas memang tak lena nak tido. kejap2 terbangun basahkan kepala dia sebab orang cakap bahaya kalau kepala panas sangat. 

Thursday, November 7, 2013

Nak bercerita pasal astro pula...

Saya tak tahu pengalaman orang lain tapi saya dah dapat call macam empatploh kali dah dari astro suh tukar dekoder baru. 

Alkisahnya macam ni. Astro kat kampung yang mak saya guna pakai nama saya. Astro kat KL ni pakai nama husband. So, orang astro ni asyiklah duk call saya suh tukar decoder. Tukar decoder free katanya tapi caj leh naik sampai 20 hinggit ke 40 hinggit. Saya cakap tak nak. Dia pun start lah dia punye bla bla bla bla.... Ingat lagi mula2 dulu india yang call. banyaaak kali juga dia call. mungkin dah give up ngan saya yang tak berubah2 juga pendirian ni. dikatanya decoder lama takleh terima signal la. decoder lama itu la ini lah. saya tengokkkk oke je mak saya guna. kalau lah dulu setahun lepas kalau saya tukar decoder tu dah kerugian berapa. 

let saya setahun = 12 bulan x 40 sebulan. tak ke 480. sebab tu lah saya berkeras tak nak tukar. channel yang mana ada tu pun dah lebih pada cukup. mak saya cakap bila sampai masa betul2 tak dapat channel baru lah tukar decoder baru. diorang cakap lagi nanti nak tukar baru kena caj. apa susah terminate je lah decoder lama. nanti bersepah je pemasangan astro ni percuma kannn? huhu teremo pulaks. 

sampai satu kali tu saya tanya pula saya je ke lagi yang tak tukar decoder. asyik call saya je. dia cakap ada la lagi kat mesia ni tak banyak dah. tak sampai seratus dah. saya cakap pergi lah call yang lain dulu saya belum mahu tukar lagi. susah lah kan macam ni. bila diorang upgrade ke hapa ke kena melibatkan kita. kalau nak upgrade tak naik harga takpelah juga. 

tetiba takde angin takde ribut dapat surat dari astro perkhidmatan yang sekarang dah pun naik harga tanpa tel ke hapa ke dlu. hhuhuu! surat kat bawah ni rumah kat KL punye. 


ini punye excluding 6% goverment tax tu. biasa saya terus bundar jadi 80ploh je sebulan. sebab kang tak cukup dipotong pula caj pemasangan semula dah rm20 sebulan. 

nak kata astro ni tak laku memang macam goreng pisang panas. tengok lah ni. ni blok bangunan rumah saya. sumeeee tingkat pun ada astro. 


nak terminate kang nak tengok. tak terminate kang begini pula jadinya.... 

Wednesday, November 6, 2013

Macam takut pula kan sekarang?

Setiap hari ada je kita dengar kes yang kurang kita nak dengar kat KL ni. Dulu masa saya muda2...haha! I mean masa study degree dulu, saya selalu je datang KL ni sorang2. Naik tren turun tren. Pernah dari kelate datang kem kat banting sorang2. Naik tren kat kuala krai benti kat KL sentral. Itu sebenarnya pertama kali jejak kaki kat KL sentral. beranikan diri tanya sorang kakak tu kat mana tempat nak tunggu bas sume. Tapi kalau tanya sekarang ni saya macam tak berani sangat. 

Kalau yang boleh husband hantar nak je suh dia hantar. Tak pun keluar ngan kawan2. Sebenarnya apa yang nak jadi kat kita kita tak tahu. Tapi better kita berhati2 dulu sebelum apa jadi. 

Walaupun begitu kadang2 pergi juga UM naik tren kalau husband ada keje nak pakai kete. Sebab kete ada satu je. 

Tapi satu je lah. macam ramai pula yang salahkan polis dalam hal2 yang macam ni. kadang kesian kat mereka. Asyik kena ngan rakyat jelata. diorang pun ada family apa yang family diorang rasa kalau diorang dengar benda yang tak enak pasal keluarga mereka diperkatakan oleh orang awam. saya rasa tugas mereka tak mudah dan tak sume tugas mereka boleh direveal kepada umum. nanti kang lain pula jadinya. kalau ada apa2 yang tak puas hati better go directly to them kot. daripada duk sebar mana2kan. saya tkde spesifik nak cakap tapi pernah lah baca pasal ni somewhere else. 

Pape pun kita semua doa2kan semoga negara kita menjadi macam dulu lagi. Aminnnn!

psss: saya berdebar ni. ingat tak hari tu saya bertungkus lumus buat report di sini dan di sini. Lagi sebulan saya kena present report tu pada panel yang akan evaluate. nanti kena buat slide bagai. huhu! doa yang baik2 saja k. 

next saya kena siapkan satu paper untuk hantar ke ISI journal. mesti saya akan stress lagi nanti. tapi takpe stress untuk benda yang kita suka buat lain dengan stress untuk benda yang kita tak suka buat kan? buat benda yang suka pun stress juga ke??? haha!

Monday, November 4, 2013

Bersiaran dari UM

Hahah! mentang report dah siap. Jadi hari ni terus kul 10 baru sampai. Tadi berkira2 nak datang ke tak nak datang ke tak. Tapi bulatkan tekad datang juga. Hari ni nak buat lab. Seberapa segera yang boleh saya mahu siapkan lab cepat sebaaaaaabb saya ada mision lain. apa? keh keh keh. Biarlah rahsia dulu. kalau mission berjaya barulah kita war2kan kat sini =)

Masa datang tak jem. Dan obviously jalan sangat clear bila sekolah cuti. Tak tahu lah banyak mana kete cikgu dan student kan masa hari biasa. Cikgu biasanya kena sampai sekolah kul 7 tapi kul 9 pun tetap jem lagi. Tak tahu lah sebenarnya ada kaitan ke tak jem dengan ramainya cikgu kat jalan raya. 

Saturday, November 2, 2013

Akhirnya dah siap. Feel so release...

Alhamdulillah siap juga akhirnya...

Kadang2 kita kena sibuk sebab nanti tak banyak masa yang dibazirkan
Kadang2 kita kena sibuk sebab rasa macam bergunanya masa tu walau pun seminit
Kadang2 kita kena sibuk supaya kita menghargai masa lapang kita..


Friday, November 1, 2013

Stress to the max

Huhuh! 2 3 hari ni saya stress menyiapkan report untuk penuhi one of the university criteria kalau nak grad. 

Stress sebabbbbb baaaaanayakk benda yang kena buat. Haha! Tapi masih sempat update blog? untuk release tension =) blogwalking weekend okes. 

Bila fikir2 balik buat apa saya nak stress saya yang pilih jalan ni. Dulu elok2 kerja pergi pukul 7 balik kul 4. Tekanan kerja takde langsung. TEKANAN dari BOS adalah. 

Disebabkan satu benda yang saya sangat WONDER masa kerja dulu membuatkan saya nekad benti kerja. nak tahu apakah? bila saya tanya balik diri sendiri apa aku akan jadi for the next ten years? jawapan nya still macam ni juga. still DIPPPING, STRIPPING, PROTEIN TESTING. Oh by the way dulu kerja saya buat glove. Makanya hari2 hari2 saya buat glove. Hari-hari saya buat benda yang sama. Jadi saya tak mahu buat benda yang sama. Saya macam sukakan CABARAN. Ah ha! =)

Sebab itu lah saya benti dan saya belajar lagi. Now, macam2 saya kena buat untuk penuhi tuntutan universiti. Lab work kena siap. Report kena siap. Paper kena buat. JADI BUAT APA saya nak STRESS? huhuhu! Saya yang pilih. Saya yang mahu.

Cuma satu je lah sekarang bila saya tanya diri sendiri apa akan jadi for next ten years..?/ saya macam dah ada jawapan. tapi buat masa sekarang biarlah saya simpan untuk diri sendiri saja dlu. Semoga jalan yang saya pilih ini dapat membahagiakan sume. Diri sendiri, suami, anak, mak, ayah dan adik beradik, kawan2..dan sume2 lah.