Wednesday, November 27, 2013

Shake 'n Take

Hehe, sempena ikut program diet ni. Mungkin shake n take ni akan jadi teman baik saya. Sebenarnya dia macam blender je. cumanya saiznya kecik sikit dan ada tempat minum siap2 jadi lepas dah blend tak payah transfer dalam gelas dah. 

Biasalah benda baru dapatkan jadi semangat lah beli buah2 untuk diblend. Bagi yang nak diet tapi suka makan, buah sesuai sangat sebab buah walaupun nampak besar tapi kalori dia tak banyak sangat. Contoh sebiji epal hijau saiz medium kalori hanya plus minus 40kcal saja. 


Untuk smoothie kat bawah ni saya guna kurma, dragon fruit ngan fresh milk yang kotak tu. Nanti saya kirakan kalorinya k =)

2 biji kurma = 62 kcal
100ml milk = 63 kcal
100g dragon fruit = 36 kcal 

total kalori dalam smoothie ni 161kcal. 


blend2, siappp..


Boleh minum terus guna botol ini. pastu jangan lupa terus basuh sebab ada kawan cakap dia pakai benda ni pastu lambat basuh, mata blender tu jadi berkarat dan tak boleh guna dah. sayang kalau pakai sekali dua pastu dah tak boleh guna sebab tak murah juga lah beli ni kan. walaupun tak sampai rm100 tetap rugi juga. 


Hari tu saya ada try dengan pisang, tapi pisang macam muak sikit sebab bila dah diblend tahap ketepuan dia lebih sikit kalau nk banding ngan buah lain. saya lagi prefer dragon fruit ni ngan epal. nanti nak cuba buah lain pula. mangga ke. lai ke. 

semoga saya istiqamah.. InsyaAllah. 

6 comments:

Siti Hajar said...

Senang nyer ade blender shake macam tu. Seronok sangat. nak breakfast mesti semangat kan :)

nohas said...

smoothie yg menyihatkan..pisang sedap dimakan begitu saja..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Akak kena cari satu benda ni Eira... kena jaga kalori dalam darah ni... semalam akak gi ambil result darah akak, doktor kata kalori akak tinggi kena kawal betul2 kalau tidak akak boleh dapat hypertension huhuhu.. mana beli benda tu eira..

eira eixora said...

akak Nur Hayati. saya beli ngan kawan saya. ni saya paste link fb dia k

https://www.facebook.com/binafsha.diana#

Suria Amanda said...

SA pun ada jual ni....tp pre order la...nanti SA update kat blog....

eira eixora said...

okes Amanda Suria. tq2