Saturday, November 30, 2013

Bila husband takde kat rumah

Kipas dalam bilik ni no 1 je sejak 2 minggu lepas. Kalau dia ada pasang no 3 sebab kena in between. saya tak suka sejuk dia tak suka panas. 

Sebenarnya kisah ini panjang. Tapi saya pendekkan. 

Masa saya kecik2 sampailah besar sampai lah sebelum saya kawen rumah kami takde kipas. kipas syiling takde kipas bawah pun takde. sebenarnya saya pun tak realize benda ni.. tapi since saya tak tahan sejuk kan husband pun tiba2 tertanya

"eh, kipas kat umah awak tu kita beli pas kawen kan?"
"ha a"
"maknanya sebelum ni rumah awak takde kipas lah"
"ha a la umah saya tak pernah ada kipas pun"
"macam mana uolsss...(bukan uollss sebenarnya, saja sedapkan ayat) tak panas ke?"
"entahlah, mungkin kami orang dah biasa kot berpanas kat umah tu"

dulu ingat lagi bilik saya kecikkkkk je. dalam bilik tu lah saya membesar dengan jayanya. sebab dulu saya SANGAT pemalu. memang tahap yang tak cakap ngan orang tu. kalau sedara mara datang part yang nak balik 10 minit tu baru saya keluar tunjuk muka salam2 masuk bilik. 

jadi banyak lah masa saya dalam bilik tu. saya juga punya tabiat buruk dulu2. suka tidur bangunn lambat. bukan lambat sebarang lambat. kul 2pm baru saya bangun yang malam tadi tidur punya. bangun sembahyang subuh kejap pastu tido balik. 

mak saya pula jenis yang bukan pemarah dan pembebel. susah kami nak dengar dia marah atau bebel. lebih kurang reverse psychology lah (eh betul ke eja ni, malas pula nak google),..jadi dia tak pernah marah saya bangun lambat ke apa ke. yang pasti bila saya bangun mesti ada 2 biji kuih atas meja. untuk saya lah tu sebabnya saya suka makan kuih pagi2..eh tengah hari. i mean lepas bangun tido sy tak bape suka terus makan nasi. makan kuih dulu. minum air dlu. pastu baru leh makan nasi ke apa. haha! dah la bangun lambat banyak cekadak pula. nasib mak saya baiiikkkkkkk sangat. 

satu hari saya tanya mak saya. kenapa dia tak marah saya bangun lambat. dia cakap, biarlah kalau dah mengantuk tidur je lah. bila dah tak mengantuk bangun. tak tahu lah orang lain. bagi saya jawapan tu sangat menusuk kalbu. jadi lepas tu saya pun dah tak bangun lambat lagi dah. lagi2 sekarang ni. bangun lambat sikit terus sakit kepala lah apa lah dulu2 tak pun....

maaflah cerita yang pendek pada asalnya dah jadi panjang...

berbalik kepada cerita kipas tadi, tak panas ke saya tidur dalam bilik sampai ke siang. entahlah. masa tu macam leh terima je. bila bangun tidu badan berpeluh2 macam lari marathon aje. tapi tetap boleh terima. malah rasa best pula ngan situasi tu. cuba sekarang ni macam tu. huhu!

pastu lepas kawen, memandangkan suami saya tak tahan panas. bukan suami saya je rasanya sapa2 pun memang tak tahan panas except family saya je lah kot. kami pun beli lah kipas untuk letak kat kampung satu.

dan saya rasa disebabkan itu kot saya selalu sakit dada bila suasana sejuk sangat. da banyak kali g cek doktor, doktor cakap otot dada saya ni cramp sebab saya alah pada sejuk. means tak leh sejuk sangat. kalau tidur kipas takleh direct atas dada. mandi takleh lewat malam. malah aircond dalam kete pun saya takleh kena direct. hawa2 je leh lah. sejuk sangat yang dimaksudkan tu bukanlah sejuk melampau cuma bagi orang lain biasa tapi bagi saya pula dah takleh. 

p/s: rumah yang saya citer ni bukan rumah yang homestay tu. ni rumah yang kitorang duduk sejak saya darjah 2. 


gambar ini adalah iklan, dengan caption
" jom amalkan gaya hidup sihat dengan tupperware" =)

4 comments:

adrianna syaz said...

Sya pun sama..takleh nk sejuk2 ni.jd sapa yg duk sebilik dgn saya mmg tensen je la.tkleh pasang kipas kuat2.hehe..

Cntik gmbar tupperware dgn buah tu tetiba.hehe

nohas said...

rumah saya pun sama takde kipas, sbb dulu rumah papan, byk tingkap..buka tingkap saja pun dah sejuk dlm rumah..tapi skrg lain, dah rumah batu, kena ada kipas..panas lain mcm..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

mak kita pun tak suka kalau pasang kipas atau aircond.. sejak duduk dengan anaknya terpaksa ikut..

Knor said...

Rumah knor plk...kipas tak boleh hala kat muka...pakat aaccum semua..kecuali knor..pasang aircord tak boleh sampai pg..pun sama pakat bersin..tak boleh sejuk sgt..byk yg asthma kt rmh ni..