Thursday, September 4, 2014

Argh rindu!

Rindu mahu jari jemari ini berlari-lari di keyboard coretkan sesuatu kat sini tapi tulah banyak sangat benda berlaku lately ni. 

Sebenarnya begini. Untuk lebih senang saya buat family tree jap kat paint. Kalau tak, tak syiok nak cerita.


Masa cuti 31 ogos hari tu kami tak plan pun nak balik kg. Sebab baru balik raya hari tu. Plus nak balik raya haji. Dan cuti sekolah ni sepupu kawen. Tapi petang 28hb ogos ummi telefon bagitau moyang sedara saya kembali ke rahmatullah. 

Jadi kami packing ala kadar, tunggu adik dari Johor, Gerak sekali terus beli kampung. Memandangkan ramai cucu cicit yang duk bermastautin di KL ni maka kami konvoi ramai-ramai. Dalam 6 kete tak silap. 

Bagi orang lain mungkin kalau dah moyang sedara tu dah jauh dah kan pertaliannya. Tapi kami sangat rapat sebabnya, family kami kecik je. Kalau tengok pada gambar di atas tu, moyang yang meninggal tu okehlah saya panggil mok, adalah anak ketiga. Arwah moyang saya (cik) anak sulung, tok ngok (anak kedua) dan paling bongsu (mek). 

Moyang saya ada sorang je anak. Tok ngoh saya tak pasti family tree dia cam mana sebab dengan tok ngoh kami tak baik sangat sebab dia duk kat tumpat. Kami kat k.krai dan machang. Moyang saya, mok dan mek lah maksudnya. Mok pun ada sorang je anak. Mek ada dua je. 

Jadi serious tak ramai kan keluarga kami. Sebab tu lah masih rapat lagi. Kalau tak balik rasa tak best plak. Sekarang ni tinggal mek je lagi yang masih ada. Dan moyang isteri moyang saya (cik) yang meninggal tu pun masih ada. Cumanya moyang saya dengan mok yang meninggal tu kira iparlah. Kakak ipar. Herm, faham dop? =P 

Apa pun sama-samalah kita doakan supaya arwah mok ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Untuk cik dan tok ngoh juga. Al-fatihah. 

3 comments:

Kayu Manis said...

assalamualaikum eira.

sikit2 pun 6 kereta tu...
erat silaturrahim..alhamdulillah

semoga rohnya di cucuri rahmat

Mummydearie said...

Err, tak berapa nak faham tapi fahamlah sikit-sikit. Kalau sayalah yang nak kena buat family tree ni, mahu merana badan. Besar dan lebar family tree ni jadinya :)

Al-fatihah buat semua moyang awak yang dah tiada.

nohas said...

Al-fatihah utk arwah Mok, Cik dan Tok Ngoh..

Masih ada lg moyang saudara bongsu, Mek..akak tinggal dua generasi saja..moyang dan datuk/nenek dah meninggal..