Monday, December 10, 2012

ini cerita pasal bunting pelamin

apa tu bunting pelamin? mengikut kefahaman saya bunting pelamin ni adalah bila mana pengantin perempuan terus pregnant sejurus selepas majlis akad nikah atau majlis sanding. 

for my point of view, bunting pelamin tak salah. tapi mentaliti orang melayu suka fikir bukan2..... lagi2 lah kalau yang pregnant tu melahirkan anak tak cukup bulan. mesti dok kira2 aik nikah baru 7 bulan da bersalin. ini sah2 something wrong somewhere. mak aihhhhhhhhh!! macam tu pule....

senang cakap macam ni lah. hidup di kalangan orang melayu dan diri sendiri orang melayu try lah adapt dan bersikap tidak terlalu memandang berat terhadap apa yang orang cakap. dulu saya fikir orang kampung je suka macam ni. tapi sekarang tak lagi. selagi bernama melayu kampung ke, bandar ke, sama aje. cuma method nye saje berbeza mungkin. 

ini contoh saja.

"entahlah saya dulu mungkin hot kat kg. sebut nama je sume orang kenal. klu nk muntah sila muntah sekarang tapi dikenali tak semesti bahagia. tak senang nak buat apa2. dulu saya tak couple sewenang2nya pun sebab dah tahu apa impaknya. saya pula jenis independent. kalau nak ke bandar sorang pun sy kluar selesai kerja balik lah. lagi cepat mudah dan selesa. tak payah bergantung pada orang. suatu hari sy ke bandar nak selesaikan pasal apa ntah. rasnya berkaitan kerja kursus. singgah supermarket jap. lepas beli terserempak ngn orang kampung kat depan supermarket tu. dia tanya datang ngan sapa. saya cakap datang sorang.. dia tanya yeke. saya cakap ye lah. then bila saya balik umah. mak saya tanya tadi keluar ngan sapa? saya cakap sorang. mak saya bgtau ada orang cakap kat dia saya keluar ngan lelaki. what soooooooooooo................padahal dia tak nampak pun saya ngan sapa. saya betul2 sorang...boleh plak dia cakap camtu. sudah terang lagi bersuluh kot. saya cakap kat mak kalau mak nak percaya dia percayalah tapi saya memang keluar sorang, kalau keluar ngan orang lain sapa orang tu...? see berita da sampai sebelum saya balik umah lagi. dan berita telah ditokok tambah....memang melayu gler ahhhhh"

ada lagi satu cerita tapi lain entri lah pula ye. mahu sambung pasal bunting pelamin ni.

saya tak tahu lah saya dulu2 bunting pelamin ke tak pelamin. 


cerita adalah berdasarkan kalendar di atas. 

saya kawin 4 hb. majlis sanding 5hb. belah husband pula 19hb. dan 17hb bulan berikutnya saya disahkan hamil sebulan. cepat bukan. saya sebenarnya takut juga pada cakap2 orang. tapi bila fikir balik kita tak buat salah apa2kan so buat apa nak takut. tapi setakat pendengaran saya takdelah orang cakap2.

tapi sekarang ramai orang 2 minggu sudah tahu pregnant. kalau saya based on tak datang period. sebab saya tak mengalami alahan yang lain seperti loya, muntah dan mengidam. dan syukur juga kebanyakan kawan yang kawen lebih kurang saya, pun lahirkan anak lebih kurang saya juga. yang sebenarnya nak tekankan kat sini pregnant lepas kawen itu normal. jangan banyak syak wasangka kat orang. 

jadilah orang melayu yang baru. jangan jadi typical melayu yang selalu nak question pasal kehidupan orang lain walhal hidup sendiri takdelah perfect mana. 

sekian untuk hari ni. 






4 comments:

ila ni said...

setuju. walau mcla x nikoh lg tp blaja la jgk slow2 gano kiraan kandungan tu hihi. harap2 ramai ore sedar, bila xdok ilmu mendalam, makin senang nk sebar fitnah =.='

eira eixora said...

betul2..sy dulu before kawen tak terfikir benda ni. bila da kawen br rs ooo oke.. be careful hehe.

Nuwairani said...

huhuh...kak nani bunting pelamin jugok. lepas kawen terus lekat. n hb bagitahu boss tempat kerja nk off day bawak wife gi klinik sebab pregnant. then, boss dia (bangsa jepun) cakap "tahniah, pasni kena berusaha dengan gigih lagi sebab dah ada orang baru". tapi bila dia sembang dengan kawan melayu kat tmpt kerja, semua duk cakap2,"tak nyempat2 dah". hampeh punya manusia. dah namanya rezeki...berbeza betul pemikiran org jepon dengan org melayu ni.

Unknown said...

sy pun bunting pelamin jgk....masa g jumpa doktor..doktor ckp kndgn dah 5mggu...dengan terkejutnya sy bertanya...hehe...xkan dh 5 mggu sedangkan sy br kawin 3 mggu...doktor ckp sebenarnya ianya dikira dr last period...so btllah sy period 2 mggu sebelum sy nikah....paham lah saya....hehehe...alhamdulillah kndgn dah 8 mggu.....nk msk 9 mggu...kepada yg x tau..jgn terus fikir bukan2....jgn terus lemparkan fitnah....btl kan....