Thursday, December 6, 2012

Sungai Congkak

Ini pun tak di plan. sebab tgh bulan 11 hari tu tetiba air takde kat umah. blok kami je takde air sebab pam rosak. jadi air tak leh di pam naik ke rumah. lepas seharian takde air oke lagi sebb air simpan ade lagi. masuk hari kedua, semua tak mandi pagi sampai sakit kepala. saje je ajak papa dhiya ke sungai congkak. rupa2 nya dia setuju. maka ke sungai congkak lah kami. Ini first time kami ke sana. 

Dulu2 masa kecik2 pernah lah baca buku2 budak2 macam komik kawan, buku bintang dan sume2 tu. pernah baca juga ada yang datang dengan mak ke sungai congkak. datang ngan cikgu ada lawatan sekolah dan sebagainya. melalui apa yang diceritakaan. ye lah budak2 bercerita sungai congkak ni sangat best. tapi masa kami pergi hari tu macam tak best langsung. setakat nak mandi2 boleh lah. kalau nak bercuti2 tak berapa oke. sebab kawasan dia macam kotor dan nampak tak terurus. kawasan parking pun tak terurus tapi harga rm5. sepatutnya tempat2 macam ni di jaga dengan baik. sebut nama sungai congkak pun satu mesia tahu. tapi bila pergi tak se'glamour' namanya. 


Ini gambar dhiya masa pas mandi. Dhiya mandi kejap je sebab dia sejuk kot siap menggigil seluruh badan. Kesian2 terus naikkan dia. behave pulak tu. macam budak besar dah dhiya amani ni. 


Okaylah, kitorang pergi kejap je. Mandi2. Makan bekal yang papa dhiya beli n terus balik.

Untuk pengetahuan. kitorang da jatuh cinta ngan ulu langat. selama duk KL ni tak pernah g ulu langat. ini pertama kali masa nk g sungai congkak ni lah. bagi kami ulu langat ni macam kampung tapi sangat dekat nagn bandar,. kalau lah kg kami kat situ alahai dekatnya nak balik kg. tapi tanah kat situ dah sah2 la kan mahal. kata pun kg dekat ngan bandarkan. satu lagi yang kami wonder adakah kawasan tu selalu banjir sebab nampak macam ada tali air di sepanjang jalan je sungai congkak tu. pape pun selepas hari g sungai congkak tu kami da 3 kali ke ulu langat. sebab apa saja jalan2. orang kata kalau da jatuh cinta tengok je pun takpe. biar takde tempat nak tuju pun....hahahah! percaya ke? tak lah kami pergi bersebab. kenapa? malas nak citer. boleh? hahahaha!

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Tak kisahlah eira nak ke ulu langat ke nak ke sg congkak ke tapi yg jelas kakak terpikat dgn si comel bergaya duduk atas batu. Cute sangat:)

eira eixora said...

sy pun rasa dhiya amani comel sangat kak. eh, puji anak sendiri pula. hehehe