Friday, September 27, 2013

KUD 2013

Tadi terpergi pula ke KUD sebab esok ngn lusa dah tak boleh jenjalan husband keje. 

Saje je jalan2 tak beli barang sangat. Kebanyakkan jual baju, makanan macam kerepek, mainan & buku2. Beli buku untuk dhiya amani sebiji sebab asyik nanges je nak beli menan jadi mama pujuk beli buku. Okelah better beli buku daripada selalu beli menan kan. Kat rumah ni menan dah bertimbun. Buku banyak juga. Tapi Takpe buku banyak2. Oh! macam kena beli rak untuk letak buku sebab sekarang buku dhiya amani merata2. 

Yang paling best kami buat ni. 


cantik tak? Cuba teka apa dia tulis. HEhe! sudah terang lagi bersuluh mahu suh teka lagi ke. Saje je. Ni pun ada kat KUD tau. Kalau macam ni rm20. Nanti ingatnya nak letak dalam frame. Ada juga yang rm5, rm3. Tapi yang rm5 ngan rm3 kertas kecik sikit. 

Oh diorang ada bagi facebook diorang tadi. Kalau yang berminat nak beli boleh ke Gajirkaligrafi k. 

UTP & UM

Lately macam sayang pula UM ni. Dulu bila fikir macam oh g UM nak sambung belajar je. Mungkin feel dah lain sebab bukannya ada class ke apa except untuk first sem je classnya. Tapi tetiba oh! macam sayang pula UM. Sayang dia lain daripada sayang UTp. Yerp! sayang UTp lain. Sayang UM lain. 

Mungkin perasaan tu macam bila ada 2 anak. Pastu dua2 sayang tapi sukar describe sayang yang macam mana. eh!!

Update:

Ini lagu UTP. Rindu nak nyanyi lagu ni.


Luasnya samudera dalamnya bumi
Mendasari ilmu ke akar umbi
Di dunia tanpa sempadan
Kami berazam membina harapan

Berpegang kepada nilai yang murni
Kemakmuran insan misi kami
Hasil dituai benih disemai
Laba dinikmati beramai-ramai

Universiti Teknologi PETRONAs
Setiap warganya cerdas dan tangkas
Berilmu, beriman, berpandangan jauh
Dibidang teknologi berdiri teguh
Bersama ilmu, yakin dan jati diri

Kami bertekad mencurah bakti
Untuk dunia, untuk manusia
Matlamat kami, sejahtera semua

Lagu: Manan Ngah
Lirik: Habsah Hassan

Sumber: Website UTP


Tuesday, September 24, 2013

Dhiya Amani..

Da lama tak buat entri pasal dhiya amani. Jadi, marilah kita tengok perkembangan dhiya sejak dari umur 1 tahun 4 bulan. Kenapa 1 tahun 4 bulan? Sebab mama baru tukar phone masa tu jadi untuk phone sekarang sampai situ je ada. InsyaAllah nanti kita buat entri dari dhiya amani lahir sampai satu tahun pula yerp. 


1 tahun 4 bulan
Suka sangat main kad isi minyak tu


1 tahun 5 bulan
tengah tunggu papa sembahyang dekat masjid 
jadi mama ngan dhiya berphotoshot jap


1 tahun 6 bulan
masa g jalan2 bukit tinggi
nak amik gambar dhiya ngan kuda tapi dia tak pandang depan pula


1 tahun 7 bulan
tersengih2. ini kat rumah kami.


1 tahun 8 bulan
cubaan mengambil gambar sendiri
ni pengaruh orang dewasa ni


1 tahun 9 bulan
tengah kusyuk tengok layang2


1 tahun 10 bulan
sudah pandai buat aksi ganas masa bermain kat taman


1 tahun 11 bulan
tengah takde mood nak main


2 tahun 
sudah pandai tidurkan baby mainan dia
siap bagi susu lagi


2 tahun 1 bulan
masa ikut mama g conference kat penang hari tu


2 tahun 2 bulan
sibuk nak pakai spek mama
masa g kenduri rumah sedara tok umi


2 tahun 3 bulan
main ipad menan ni sampai pecah


2 tahun 4 bulan
testing tudung baru beli untuk raya
tapi dia tak pakai pun sebab dia cakap gatal kat leher
pape je lah


2 tahun 5 bulan
sudah pandai posing sambil makan siput raya


2 tahun 6 bulan (sekarang)
makan aiskrim besar2 sorang2 tak nak bagi mama ngan papa makan pun
end up abes satu badan lencun ngan aiskrim nasib bawa baju spare
masa ni kat dataran merdeka
saje jalan-jalan

Monday, September 23, 2013

Untuk renungan bersama


Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang 
by Tegar

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita,
Sekarang aku bahagia

Cita-citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
Memberi jalan untukmu semua..

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam, selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Membantu keluarga di rumah

Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Tetapi, aku tak berputus asa
Pasti yang kuasa memberi jalannya

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam, selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman..

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam, selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman..

Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Paling bisa bantu dengan penuh cinta
Cinta yang penuh warna..

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita,
Sekarang aku bahagia

Cita-citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
Memberi.. ... memberi .. jalan untukmu semua

Sunday, September 22, 2013

Arissa Pretzel, sekali cuba pasti nak lagi !! =)

Ini adalah iklan. Sticky mode untuk 24 jam.

Flavour: Almond/Hazelnut
Di datangkan dalam dua jenis bekas:

Medium 
RM20.00 
45 pieces

Large
RM32.00
90 pieces

Untuk tempahan boleh ke FB Page Arissa Pretzel






jangan lupa ke FB Page Arissa Pretzel k =)


Kalau kita fikir kita susah ada lagi orang yang lagi susah...

Bukan nak kata apa. Tapi cuba lihat Bersamamu kat TV3 dari sudut yang positif.

Contoh sudut negatif:
1. Nape la diorang ni tak mahu usaha sampai boleh makan nasi dengan garam.
2. Banyak je lagi benda kat dunia ni boleh buat. Nape tak berniaga besi buruk ke. Surat kabar lama ke.

Okes., cuba amik yang positif k. cuba2..;P

Kadang2 diorang sehari terpaksa berlapar sebab takde makanan...
Kita busuk2 pagi boleh makan tgh hari boleh makan. malam makan lagi

Diorang kadang2 anak2 takleh g sekolah sebab takde duit nak bayar yuran. sekolah jauh. takde transport. nak upah orang hantarkan takde duit nak bayar.


Saturday, September 21, 2013

Slide and Swing

Hari tu nak dijadikan cerita tertengok kawan post kat fb pasal slide n swing atau indoor playground ni. Tanya harga dia beli dalam rm299 kat Jusco kalau tak silap. Pastu macam berkira2 nak beli lah untuk dhiya amani. Sekali tanya kat internet paling murah pun dalam rm399. u makkk aih banyaknya beza seratus kot. so mama slow down jap. harga asal dikatakan rm699. Kalau jual dengan harga asal ni memang sah2 lah tak beli sampai bila2. alih2 kawan post balik pasal tesco ada buat sale slide and swing ni rm269. Terus tanya papa. papa duk uk ah uk ah sebab dia sebenarnya nak beli ipad untuk dhiya. bagi saya pula baik beli benda ni dari ipad. entahlah kalau nak pinjam phone mama kejap2 boleh je. kalau beli ipad kang asyik berkepit je macam tak elok lah pulak kan. 

jadinya niat untuk beli diteruskan. dengan gigihnya kami ke Tesco Taman Midah. Tanya2 orang tu cakap penghantaran takde kena bawa balik sendiri. macam mana ni kotak agak besar. keta kami pun agak besar. gajah putih lah katakan. tanya2 papa muat ke tak ni. pk punya pk punya pk apa kata kita try dulu. kalau duk pk pun tak tahu juga muat ke tak. oh! masa ni dhiya belum amik kat umah bs. 

try pun try punya try seat depan terpaksa digunakan jadi mama kena duduk belakang. side mirror belah kiri memang papa tak nampak jadi mama kena jadi side mirror kejap. nasib baik lah tesco tu dekat je. 

balik2 umah terus g amik dhiya amani. punyelah suke dia tengok kitorang bawa balik taman untuk ia. dhiya memang panggil taman untuk semua playground. tak kira lah playground besar ke kecik ke. yang ni pun sampai sekarang panggil taman. tersengih pastu dua tiga kali duk tanya. apa ni papa? apa ni mama? eleh buat2 tanya pula. pastu tanya dhiya punye ke? hahaha! dhiya punye lah ni. excited kot dia. 

muka orang gembira dapat taman sendiri..

Tapi lepas beli ni dhiya amani demam seminggu sedih rasa. dia gembira ada benda ni tapi sebab dia demam tak larat nak main. duk kat umah baring je. banyak kali juga ajak dia main. dia cakap dhiya penat. ooooohh sedih la masa tu. touching. makan tak selera. kalau boleh nak tido je. kurus kekek jadinya. 

pas seminggu alhamdullilah dhiya oke balik. makin selera makan dan dia dah boleh main taman dia ni. gembira kemain lagi. kira berbaloi lah beli sebab dia guna benda ni. masa beli tu risau juga takut dia tak main. dah lah mahalkan. 


Tadi kawan cakap Tesco ada buat sale lagi benda ni. 
Tapi untuk 3 hari je (eh! macam tajuk cerita pula)
Rasanya dah termasuk hari ni. Sampai Ahad ni kot sale tu.

yang kitorang beli ni rm269.
tapi yang tengah offer sekarang ni rm249 barang sebijik camni. 
rugi rm20 =P

katanya siap ada penghantaran percuma lagi.
tapi tak tahu lah betul ke tak. tu kena tanya tesco sendiri. 


okes. babai...!




Friday, September 20, 2013

Iklan Percuma!

Saje je ni test market...!! 

Memandangkan banyak sekarang ni yang jual online tapi susahkan nak bagi orang tahu website kita. Jom emel kat saya kedai online anda untuk saya review kat blog ni. PERCUMA je tahu. Tawaran sah sehingga hujung oktober. 

Boleh emel detail kat eira.eixora@gmail.com

Setiap review akan jadi sticky post selamat 24 jam. 

Thursday, September 19, 2013

Lipas lagi....(jangan buka kalau tgh makan...! )

kalau rajin nak baca entri lama boleh ke sini

dulu dekat rumah je diorang sume ni menginap sekarang dengan kete2 sekali dah ada keturunan cucu cicit dia. punca utama tak tahu lah. mungkin sebab makan dalam kereta kot. makanan yang lebih2 tu dok attract mereka2 itu datang naik kete kitorang. 

hari tu pernah nampaklah maknya dalam kete tapi bila dah perasan terus berdesup menyelit. vacum kete bagai pun memang tak nampak dah kat mana2 pun. kita pun assume dah takde lah kan. 

alkisahnya kawan cakap dia ada beli ubat lipas kat daiso dan letak dalam kete dia menjadi. adalah lipas melekat kat pelekat lipas tu. 

petang semalam berdesup ajak husband g the mines beli ubat lipas. haha! gler gigih. sebenarnya tak sabar nak tengok ada ke tak lipas dalam kete. oh! daiso the mines kat level 1. sebenarnya ni pun pertama kali g daiso. banyak jugaklah barang2 yang cute2. husband terbeli berus basuh toilet. biasalah. dia suka benda2 yang melibatkan hygiene2 ni.  

oh inilah rupa bentuk sebenarnya ubat lipas tu. kalau kat daiso the mines tu benda ni kat bahagian belakang2 belah kiri. 


dekat dalam kotak tu ada 5 keping kertas putih ni. fungsi dia cam lebih kurang ngan kertas lalat tu. tapi yang ni extranya ada makanan melekat kat tgh2 tu. walhal si kenit lipas tu tak sempat pun nak g makan sbb glue kuat sangat jadi kaki terus melekat. tu yang dok kat tepi je tu. 

Tengok lah betapa babynya lipas yang ada kat dalam kete kitorang. yang anak dara ada sekor. 


Ni close up sikit. 


haaa....ni lagi nampak...! 


hahaha okelah. wassalam. 

oh! barang kat daiso sume rm5 ye. pergilah mesti akan ada yang terbekanan di hati. 
malam ni ada misi lagi letak dalam kabinet kat dapur. esok pagi2 kita tengok hasilnya =P

Waaaa....saya sakit gigi lagi

Tapi tak tahu yang mana sakit nye antaran no.1 hingga 4. tp rasanya yang no. 1 dan yang no 3 still under treatment....cryingggg!!!

Tupperware....

Ekekeke! Takut ler tu takut entri ni berbau promote tupperware. Takdelah ni entri santai je saje nak cerita pasal tupperware. Mungkin ada part yang diulang2 sudah cerita nya. Tapi disebabkan sudah tak tahu di mana entri yang berkaitan tulis di sini semua lah. 

Sebenarnya dulu sebelum kawen tak minat langsung okeh tupperware2 ni. malah pelik pula kalau orang tu beria beli tupperware pastu beria nak jaga bagai tupperware tu kan. walhal dalam hati tupperware je pun. kalau ada kawan2 suh tengok katalog pun. oh ah oh ah mahalnya. last2 letak sebab harga mahal. macam tak logik pun ye. (read: itu dulu oke). Alkisahnya masa kawen makcik bagi sekotak tupperware ada one touch, ada freezermate, ada modular mate. banyak juga lah. agaknya berapa la makcik abes. bila tanya harga tak bgtau lak kan. tapi betul jgk sbb hadiah kan. tak kan nak bgtau kot. 

dan kebetulan masa tu kat rumah memang tak beli habe satu barang plastik pun. jadi guna je lah semua yang dapat hadiah tu. lepas guna guna dan guna lagi teruslah terjatuh cinta ngan tupperware ni. nak dijadikan cerita lagi sorang office mate ni kakak dia dealer tapi dia tak menjual mana pun membeli je lebih. kalau kami2 ni yang membeli dia bgi harga ahli je. haaa kan dah start dah. memula beli kongsi. contoh: kalau ada 10 ketul kau 5 aku 5. then tak payah kongsi pula. then next month beli lagi. then next month beli lg. huahuahua!. 

Tak mahu kantoi mula2 simpan dalam kabinet pastu bawak kluar satu satu satu. Sapa boleh tak perasan kan. Pastu satu hari husband kata jual je lah separuh. Maka di situ lah bermulanya kisah menjadi dealer tupperware ni. but tu citer lain. takmo citer hari ni. 

dan disebabkan jadi dealer jugalah tak terperasan bila beli untuk order orang lain terbeli untuk diri sendiri juga. boleh dikatakan tiap2 bulan jugalah terbeli untuk diri sendiri. disebabkan dah jadi dealer ni makanya adalah group dealer2 pula. kebanyakkan dealer2 ni pun tupperware lover juga. eh bukan kebanyakkan lah semua lah sbb mereka yang jual tupperware ni adalah asalnya macam saya juga lah suka guna then jual. then memang sebenarnya nawaitu nak beli untuk diri sendiri lagi banyak dari nak menjual. 

pendek kata tupperware lover ni ada beberapa kategori:

1. suke jual, suka beli untuk diri sendiri. (saya la ni)

2. suke beli je tak suka jual.

3. suke beli beli pastu bila dah out dated sikit let go sebagai preloved then beli yang latest edition pula. 

4. ada yang suka beli tapi tak guna sebab sayang. 

5. ada yang beli tapi guna selasak2 nya (saya la ni)

6. ada yang siap ada rak deco lagi. tiap2 minggu pasti bertukar barang di dalamnya. kadang ikut tema. minggu ungu semua ungu. minggu hijau semua hijau. 

7. ada yang simpan dalam kotak je tak guna (saya adala sikit yang macam ni)

8. apa pun most of us memang peeenuh barang tupperware kat dapur. 

As for me, saya seboleh mungkin guna je apa yang dah beli. Ikut keperluan. Actually koleksi saya takdelah banyak mana. Tapi sesuailah untuk kegunaan dan keperluan kat dapur. bagi saya no point beli tupperware banyak2 pastu bila nak guna beli barangan pastik kat kedai sebabnya tupperware sayang nak guna duk dalam kotak. abes sapa nak gunakan. 

tupperware saya kebanyakkan dah calar balar. kalau jual sebagai pre-love pun belum tentu ada orang nak beli. bukannya tak nak berhati masa basuh tapi untuk take care sume tupperware kat dapur adalah not so me. haha! memang tak cermat orangnya. tapi memang worth it lah beli barangan tupperware ni. 

Terbaru saya ada buat contest pasal letakkan cili dalam tupperware sekarang contest telah berlangsung more than two weeks tapi cili masih lagi elok dalam tu. tak sabar nak tahu sapa pemenang. insyaAllah bila dah ada pemenang saya akan kongsi kat sini nanti. even daun sup yang saya dah beli beberapa minggu yang lalu masih segar bugar lagi. dan paling best boleh guna ulang2 daun sup. takdelah sekali beli pakai sikit then buang. alhamdullillah banyak mengelakkan pembazirannn. eh! ini bukan promote ini cerita je =)














Wednesday, September 18, 2013

Oh! mahu cakap pasal makanan pula =)

Biasaler bila dah update tu tetiba datang idea nak update yang lain pulaa...okelah sementara masih ada idea kena cepat2..haha!

Kita mulakan dengan gambar makanan. 


Sebenarnya kan masa bulan puasa hari tu sebabnya suami tak suka makan or beli sangat makanan kat luar (masa bulan puasa je ye =P) jadi nya selama sebulan lah dapur rumah kitorang berasap. Balik dalam kul 4 terus serang dapur tung tang tung tang okesssss siap! Oh tidak berenti di situ saja. Kemas dapur basuh pinggan tung tang tung tang...siapppp! pas makan ada lagih pinggan kotor. huhuhu! yang tu kadang kemas masa malam kadang kemas masa lepas sahur atau kemas masa petang esoknya bila balik keje. Alhamdullillah sebab option banyak sangat jadi pilihan di tangan anda. hahaha!

disebabkan macam penat sikit lah kan. dan malam pun rasa tak lama sebab tertido awal. jadi laptop pun tak buka sangat lah masa tu. pastu lepas cuti raya kat kampung dh berazam dalam diri sendiri tak mahu masak beria sangat pas balik ni. haaaaaaa! memang pas raya hari tu tak pernah masak beria. masak ala kadar je. paling2 makan je kat kedai. punye lah malas. ikut perangai sapa la ni. 

jadinya gambar di atas ni lah rasanya hidangan yang paling best lepas raya. yang sebenarnya takdelah best mana. tapi adalah ikan, sayur potong je okeh. still consider sayur lah jugak. yang penting budu + lada + tempoyak + asam limau + ikan rebus terus tak pandang yang lain. 

alkisahnya husband saya masa mula2 kawen sangat cerewet bab2 makan. bukan cerewet macam mana lah cuma apa yang dia makan tak banyak choice sangat. probability nak ulang makan benda sama dalam seminggu adalah tinggi. tapi saya jenis yang cepat boring kalau asyik makan benda yang sama. itu dululah sekarang alhamdullilah sebab dia sudah banyak terpengaruh dengan saya. 

dulu ada ke patut singgang ikan pun tak suka. tapi sebab saya suka saya masak je. last2 dia pun suka siap request lagi. samalah dengan combination budu + lada + tempoyak + asam limau + ikan rebus dulu2 dia tak suka. semalam siap request. aik pelik2 tapi kuturutkan jua sebab daku pun suka. hahahahaha!. 

Tapi timun tu adalah kegemaran dia. saya tak suka sangat. makan jugak seketul dua. yang lain sume dia punya. kalau petai saya sukalah. sepapan makan sorang2 pun abes. yang tu dia tahu lah. dia makan juga tapi tak sehebat saya. 

yang atas tu saya masak ayam goreng tomyam. pertama kali masak. terjumpa resepi dalam buku resepi 1 hari 1 resepi. not bad juga rasa dia. boleh lah. 

oh okeslah terpanjang pulaks....



Berdebar...

Perasaan saya hari ni bukanlah seperti perasaan saya semasa setahun yang lepas. sekarang saya sudah sangat berdebar. Expected graduation adalah tahun depan bulan september. And if i want to graduate next year i need to submit my thesis early of next year. But how i want to submit sebabnya until now i still don't have any result which i feel satisfied with. huhuhu!.  . . 

Undergraduate totally tak sama ngan postgraduate study. Trust me, when u come to postgraduate many things u need to arrange by yourself. u must have high responsibility toward your work if u want to graduate early. if everyday pun malas malas malas sampai bila kan. 

Headache, bila so many times your work have been rejected. But that's the true about the research work. Do. Reject. Repeat. Redo.

Tapi bila everytime pun tengok membrane keras kejung rasa macam takde kekuatan dah nak buat lagi dan lagi. Memilih untuk apply kerja di saat begini juga bukanlah pilihan yang baik. melainkan hadap je apa yang ada sekarang. 

Ya Allah! permudahkanlah perjalanan study aku ni. temukanlah aku dengan method yang benar2 boleh membuatkan aku dapat menghasilkan membrane yang baik.

Haissshhhh! paper pun belum tulis. need time to publish plus ada possibility di reject. headache! headache!


Sunday, September 15, 2013

Bersiaran di hari cuti

Sebenarnya tak tahu apa nak update. Tapi since da bukak laptop pastu tak buat apa2 better update blog kan. Husband sebenarnya dah tukar tempat keje sejak puasa hari ni. Tempat keje baru ni cuti tak tentu. Kadang weekdays pun cuti. Kadang wiken pun kerja. Jadi biasa nya wiken kerja kami berjalan je. Ni kena tukar plan sebab kalau dia takde wiken kami duk rumah je. Melepek dari pagi sampai petang. Langsung tak produktif. 

Kemas rumah? rumah ni takde lah besar mana. Kena kemas sikit2 je sebenarnya. tapi  nk start kemas tu yang amik masa. Lepas berkahwin ni saya dah tak peliks kalau pergi rumah orang dan tengok rumah tu tak kemas. dulu masa anak dara pelik lah jugak kan. tapi mampu berkata2 dalam hati je. Bila dah kawen baru tahu betapa kemas rumah tu adalah tak tentu ikut mood je. Terutama yang kerja lah kan. Tapi bukan sume macam ni ada je yang rajin. Balik keje kemas rumah pula. Memang tapik spring lah. Good job, good job!!

Study? Hanyalah pada hari yang tak cuti ye. Itu pun mood on and off. Huhu! dugaan betul. Walau apa pun kalau ada orang tanya mana lagi best study ke keje. Mesti cakap study lagi best dari keje. Jadi sampai bila mau study ni. Hehe! saya pun tkde jawapan tu. Just wait and see. 

Dhiya Amani? makin lama makin bijak. semua benda yang keluar dari mulut kita dia nak ajuk. digest2 pastu ulang2 pastu ingat2... seperti entri di bawah. lebih kurang lah dia. tapi lately asyik demam batuk risau pula. saya ni emosi lebih klau anak tak sihat., malam boleh tak lena tidur. tp tengok husband siap ber dengkur lagi. huhu!.. semoga dhiya amani sihat2 sokmo. 

Oh. hari tu kan ummi saya datang sini. pastu sebab masa tu banyak kan open house sume jadi bawak lah dia sekali. pastu dia komen. katanya saya ni masa kecik tak friendly. susah giler nak senyum. kalau ngan orang tak kenal lagi lah memang tak tegur langsung. tapi bila dia tengok saya oke je masa g rumah kawan husband ngan kakak ipar tu yang dia komen tu. kira Alhamdullilah lah kan berubah ke arah yang lebih positif. saya rasa ni sume masa kat UTP lah. sebab masa sekolah menengah saya masih tak friendly. bila balik dari asrama masa cuti duk dalam bilik je. 

masa kat UTP saya pun tak sangka macam mana saya boleh keluar dari kepompong hidup yang dolu2. memang mula2 start cetim2 kat mirc je pastu memberanikan diri g jumpa sek #kelateutpchat. kat situ terus rasa waaa fun juga hidup ada kawan ramai. Emosi lebih stabil takde lah duk terperuk je kan sengsorang dan habit tu berkekalan sehingga lah bila keluar UTP pun. Masa Intern. Masa dah kejee. Dan inilah saya sekarang. 

Okes. dari tak nak update terus ko panjang lebarrr.......da wassalam

Thursday, September 12, 2013

Untuk Dhiya Amani


Dhiya Amani hujung bulan ni genaplah 2 tahun 6 bulan. Memang banyak sangat perkembangan. Cuma badan je tak kembang2.. Dhiya please amik lemak mama sikit. Mama tak sayang pun. Hahaha!

Tapi yang paling ketara baaaaaanyak sangat cakap. Apa yang orang cakap dia akan cuba ingat dan cakap balik. Memang sangat behave nak cakap apa2. sekali cakap benda tak sepatutnya dia ikut. Hua hua Hua ! sangat mencabar oke. muluttt sila behave. 

contoh ayat dhiya amani sekarang ni

ini versi yang dia cakap sendiri dia jawab sendiri

"mama, papa mama" "papa kerjalah"

"mama, nak main taman" "nanti papa balik deh"

"mama, nak beli coklat" "nanti papa balik deh"

ini versi cakap sorang

"banyaknyaaaa mama makan" siap ngan muka2 lagi

"soyi mama"

"mama nak lukis"

"waaahhh, cantiknya mama" ni masa mama bersiap nak g kerja

baiklah memandangkan dhiya dah banyak sangat cakap sampi terikut2 sume apa benda yang orang tua cakap makanya mama pun amik keputusan untuk beli buku iqra' ni. sebenarnya nak beli iqra' satu je. sekali dia jual 6 biji sekaligus. jadi beli je lah tapi mama dah siap simpan awal2 5 buku yang lain. 

semalam dah start baca alif ba. alif belum boleh sebut lagi. ba da boleh. bila tunjuk dah tahu tu ba. huhuhu! nak ajar orang kena banyak sabar. lagi2 budak besar dhiya. moga mama banyak bersabar. malam ni pula dia dah tido awal. nak ngelat baca iqra' eh dhiya amani? ...oke lah mama kasi can. kalau bangun baca sikit untuk malam ni. 

Monday, September 9, 2013

Separuh hari menjadi peniaga doyan!!...

Oke. citer dimulakan dengan gambar doyan....!


Alkisahnya husband tolong kawan dia menjual duyan. Tapi saya sajalah menyeboks juga kat situ. herm! tapi dalam setengah hari tak sampai sempat tengok macam2 ragam orang yang membeli.

situasi 1

"yang ni berapa?"
"selonggok rm20"
"boleh lah"

"abang, nak bukak dulu ke nak tengok.?"
"herm tak payah lah"

situasi 2

"yang ni berapa"
"rm20 selonggok"
"rm15 tak boleh ke?"
"tak boleh bang,.."
terus berlalu pergi

situasi 3

"yang ni boleh bukak ke nak tengok?"
"herm tawarnya..."
terus berlalu pergi

Tetiba terus rasa insaf kejap. biasa sebagai customer saya selalu mengambil sikap "customer is always right" kadang2 kalau bila rasa tak sedap ke apa terus buat muka time2 tu jugak. memang buroks perangai. now, macam ooohh tak nak lah buat cam tu lagi. kesian kat penjual tu penat...kalau taknak cakap elok2, kalau nak beli elok2...

tapikan betul lah berniaga ni adalah salah satu cabang rezeki yang rasulullah pun galakkan. sebabnya kan sekejaban je duit dah banyak gler. barang macam banyak lagi. duit da penuh plastik. biasalah first time meniaga beg pun tak bawak. duit letak dalam plastik buat bungkus buah orang tu je. hua hua hua. tapi sebab kami tolong2 je kawan husband yang kami dapat takde lah banyak mana. takpelah at least dapatlah pengalaman yang berharga. 

lagi pula memang laah duit dapat banyak, sume kena kira. mana nak tolak duit modal beli doyan orang lagi. mana nak kira duit minyak lori (OPsss sekarangkan tengah hot isu minyak naik) datang KL lagi (doyan dari kelate). nak bagi kuli2 yang bekerja ni lagi. 

jadi mehlah kita sama2 bersyukur kalau tetiba kita g tanya doyan selonggok tu rm20 hanya 3 biji walaupun dalam hati kita kata mak aihhhhhh mahalnya sebabnya kan kalau nak murah kita kena fikir lagi kos minyakkk (aiyak minyak lagi, haha!) kalau kita nk g amik doyan tu sendiri. terpaksa g turun naik bukit cari penjual doyan yang memang kita tak tahu pun sapa kan. lagi pula takleh beli sekilo2 kena beli borong...huhuhu! jika difikir kederat si penjual (kawan husband tu) yang bila saya tanya 3 hari 3 malam dah dia tak tidooo...oke fine sya belilah rm20 untuk 3 biji tanpa banyak songeh. 

*kadangkala kita kena merasai hidup orang lain barulah kita tahu betapa bersyukurnya kita dilahirkan sebagai kita hari ini. 



Friday, September 6, 2013

Need to speed up the pace

Huhu! I am now in third semester. So many things to do in this semester. Hope I can do it well.